HALAMAN 2

Khamis, 15 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN SET 7 - Kelebihan Remaja Berpersatuan

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai.  Banyak kes yang dicetuskan oleh golongan remaja, sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum agama.  Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka mempunyai banyak masa terluang.

          Bagi mengatasi rasa bosan dan masa terluang, remaja mengambil peluang untuk berkumpul dengan rakan sebaya.  Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik buruknya.  Perkara buruk mudah mendapat perhatian remaja tanpa disedari kerana perkara itu biasanya lain daripada yang lain.  Selain itu, melakukan perbuatan tersebut merupakan kemegahan dan kepuasan bagi mereka.

          Oleh itu, bagi mengisi masa terluang dan mengelakkan remaja daripada terpengaruh dengan anasir buruk, penyertaan dalam persatuan merupakan jalan terbaik.  Dengan menyertai persatuan, remaja dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan kebaikan.  Ruang masa disalurkan kepada aktiviti persatuan yang dapat mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman dann mendidik jati diri ke arah perkara yang positif.

          Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan remaja.  Mereka boleh memilih untuk menyertai persatuan bergantung kepada minat dan kebolehan masing-masing.  Terdapat persatuan yang beroperasi pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah, dan tunggal.  Bentuk persatuan pula termasuklah bersifat sukarelawan, keagamaan, sukan dan hobi.  Semua persatuan adalah baik untuk disertai oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan kepada tujuan yang murni.

          Menyertai persatuan memberikan peluang bagi setiap ahli yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama mengembangkan bakat yang dimiliki.  Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi membaiki dan meningkatkan kebolehan masing-masing.  Amat penting bagi ahli baharu untuk menimba pengalaman dengan ahli lama.  Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran tertentu termasuklah pertolongan cemas, kawad dan pengembaraan hutan.  Aktiviti ini merupakan sebahagian proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.

          Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan kemanusiaan yang baik, bersatu padu, saling menghormati, tidak mementingkan diri dan terbentuknya sifat-sifat murni lain.  Pergaulan sesama ahli persatuan akan mendewasakan remaja.  Pemikiran mereka lebih terbuka dan dapat menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan.  Remaja sendiri dapat menyatakan pendapat dan memberikan sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan.  Keadaan sedemikian menjadikan remaja lebih memahami kehidupan alam masyarakat yang kompleks. 

Malah persatuan juga memberikan pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan.  Biasanya, remaja ditugaskan menjadi ahli jawatankuasa kepada persatuan yang disertainya.  Jawatan dalam persatuan merupakan suatu penghormatan kepada remaja. Pendedahan awal pengalaman memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk mendidik dan membentuk remaja menjadi pemimpin.  Lambat-laun remaja akan menggantikan pemimpin yang lama.  Mereka memerlukan pendedahan awal agar dapat mengabil alih tugas berat itu dengan persediaan yang cukup.  Seorang pemimpin bukannya dilahirkan , tetapi terbentuk melalui asuhan dan pengalaman yang berterusan.


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’ oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, September 2015)


Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)   Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat yang dimiliki.  
                                                                                       (2 markah)

(ii)  Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang punca-punca remaja melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikir baik buruknya.

        Nyatakan punca-punca tersebut.                                  (3 markah)

(iii)   Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja tidak meminati aktiviti berpersatuan.    (4 markah)
                                                                                                       
          


semak jawapan rumusan di sini











8 ulasan:

عبده العمراوى berkata...



شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بسيهات

Unknown berkata...

Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

More than 160,000 men and women are hacking their diet with a easy and SECRET "liquids hack" to drop 1-2lbs each night while they sleep.

It's painless and it works on anybody.

This is how you can do it yourself:

1) Go grab a glass and fill it with water half glass

2) Proceed to use this weight losing HACK

you'll become 1-2lbs skinnier the very next day!

Unknown berkata...

nak jawapan untuk soalan pemahamannya

Unknown berkata...

nak jawapan soalan pemahaman

Unknown berkata...

Ya

Unknown berkata...

Untuk menyemak

Unknown berkata...

Ya

Unknown berkata...

Untuk menyemak