HALAMAN 2

Sabtu, 9 Februari 2019

Pendahuluan latihan rumusan 7- KBAT


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha guru alaf baru mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-muridPanjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan [2 markah]
1.   Petikan membincangkan peranan-peranan guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP di sekolah.

Frasa pertama digunakan: - Petikan ini
Aspek pertama:
Perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan usaha-usaha dan relevan dengan konteks petikan:
1.   Peranan-peranan
2.   Cara-cara
3.   Langkah-langkah
4.   Strategi-strategi
5.   Tindakan-tindakan

Aspek ke dua – di sekolah

2.   Rumusan ini membincangkan peranan-peranan guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid.   [2 markah]

Frasa pertama digunakan – Rumusan ini

Aspek pertama:

1.   Peranan-peranan
2.   Cara-cara
3.   Langkah-langkah
4.   Strategi-strategi
5.   Tindakan-tindakan

Aspek kedua : salin semula bahagian kedua(aspek isi tersirat ) dalam soalan
Kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid

#sekiranya Frasa pertama yang digunakan Petikan ini  calon hanya mendapat - 1 markah

3.  Petikan membincangkan peranan-peranan guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP dan cara-cra guru memanfaatkan aplikasi komputer untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid-murid [2 markah]

Frasa pertama digunakan - Petikan ini

Aspek pertama-

1.   Peranan-peranan
2.   Cara-cara
3.   Langkah-langkah
4.   Strategi-strategi
5.   Tindakan-tindakan

aspek kedua - soalan pemahaman (ii)

Pendahuluan 1 markah

1. Petikan membincangkan peranan-peranan guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP
Tidak ada aspek kedua – 1 markah

1. Petikan ini membincangkan peranan-peranan guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid.
Menggunakan frasa pertama – Petikan ini...sepatutnya Rumusan ini
1 markah         

Pendahuluan 0 markah
Petikan/Rumusan ini membincangkan usaha-usaha guru alaf baharu untuk mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid.

Tidak menukar asperk pertama iaitu usaha-usaha.   0 markah

Hanya menyalin semula soalan


Tiada ulasan: