HALAMAN 2

Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 24 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


Bab 24  – Memasuki Dunia Baharu

Sinopsis:



         Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. 

      Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

Latar tempat:
Di rumah Razali – Razali menunaikan solat Asar

Latar Masa
Waktu petang – Razali menunaikan solat Asar

Watak: 
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Cikgu Khalid, Cikgu Robeah, Munir

Persoalan:
  1. Persoalan perbuatan yang jahat akan menerima balasan yang setimpal
  2. Persoalah sikap mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan
  3. Persoalan  kerelaan memaafkan kesalahan orang lain.
  4. Persoalan ketaatan hamba kepada Allah


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran


Razali menunaikan solat Asar dan berdoa memohon ampun dan ditunjukkan jalan yang benar.

Munir telah datang menemui Razali, Mak Sopiah dan pak Zakaria untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali.

Razali bersetuju membantu Munir untuk belajar bersama-sama di pondok tepi sawah setiap petang kerana SPM semakin dekat.  Hal ini kerana Munir digantung persekolahannya dan dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

Munir berasa dirinya menjadi orang Baharu dan mendapat sahabar baharu iaitu Razali.  Munir akan memasuki dunia orang berbudi bahasa, bersopan, dan gigih menuntut ilmu.







nilai ketaatan


Nilai keinsafan


Nilai maaf-memaafi




Kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang buruk kerana akan menerima hukuman pada akhirnya






Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesalahan yang kita lakukan terhadap orang lain dengan meminta maaf.  







Tiada ulasan: