HALAMAN 2

Rabu, 15 Julai 2020

UJIAN PENGESANAN KURIKULUM - BAHASA MELAYU TINGKATAN 5PD



UJIAN PENGESANAN KURIKULUM
SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR.

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5 PD

Soalan 1 :

Rumusan (30 markah)  

Baca petikan di bawah dengan teliti. kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengurangkan wabak denggi dan kesannya jika negara bebas daripada wabak tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak pertama kali wabak denggi dikesan di Georgetown. Pulau Pinang pada 1962 dan kemudiannya di Kuala Lumpur pada 1973, kes-kes membabitkan demam denggi dilaporkan berlaku saban tahun. Terbaru. statistik Kernenterian Kesihatan menunjukkan sebanyak 4221 kes demam denggi dengan 12 kematian berlaku dalam tempoh hanya 23 hari sejak awal tahun ini. Meneliti statistik itu, tennasuk laporan sebanyak 46000 rakyat Malaysia dijangkiti penyakit ini dengan 106 kematian sepanjang tahun lalu. Maka adalah wajar untuk kerajaan mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai wabak. Serentak dengan itu juga. seluruh pihak periu mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan penyakit demam denggi itu tidak menular dan mengorbankan lebih banyak nyawa. Namun, adalah penting untuk seluruh rakyat Malaysia memahami simptom-simptom apabila dijangkiti penyakit demam denggi atau lebih teruk denggi berdarah bagi rnembolehkan rawatan segera diberikan.

Namun benarlah mencegah itu lebih baik daripada mengubati, dan hakikat itu juga tidak terkecuali dalam membendung wabak denggi ini. Di peringkat individu, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memastikan tiada ruang untuk nyamuk aedes mcmbiak di kawasan rumah atau kejiranan. Paling menjadi keutamaaan adalah dengan memastikan tiada takungan air sama ada yang berpunca daripada bekas tadahan air, kolam, pasu bunga, tin-tin kosong, tayar buruk dan sebagainya. Aspek kebersihan di kawasan persekitaran seperti mengurus sarnpah sarap dengan baik dan membersihkan longkang supaya tidak tersumbat juga perlu diberikan perhatian.

Malangnya dalam budaya hidup bermasyarakat hari ini. amalan-amalan murni bergotong-royong membersihkan kawasan kejiranan seperti itu tidak lagi begitu mendapat sambutan. Malah, seperti yang dikesalkan oleh pakar perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Moharnad, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil sikap lepas tangan terutamanya dalam mengawal risiko penularan wabak itu. Masyarakat menganggap hal-hal yang berkaitan kebersihan tempat awam menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan ( PBT ). Kita memang mengharapkan kawalan dan pencegahan wabak penyakit deman denggi, itu perlu dilakukan rnenerusi usaha bersepadu dan besar-besaran oleh PBT. Aktiviti penyemburan asap untuk membunuh nyamuk aedes misalnya, wajar dipertingkat dan diperluas tidak hanya di kawasan perumahan malah meliputi premispremis pemiagaan dan bangunan komersial. Dalarn masa sarna, PBT seharusnya lebih kerap turun padang untuk memeriksa tahap kebersihan terutamanya restoran dan gerai makanan yang sebenamya lebih berisiko untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Pemeriksaan di tapak-tapak projek terbengkalai yang selama ini tidak diberikan perhatian kini wajar menjadi keutamaan PBT. Kawasan projek terbengkalai itu lebih cenderung untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes kerana dipenuhi dengan sampah-sarap serta sisa bahan binaan yang tidak terurus dan terbiar tanpa perhatian mana-mana pihak. Pada masa yang sama, PBT juga perlu meningkatkan pemeriksaan di kawasan projek pembinaan yang sedang dijalankan supaya kontraktor atau pemaju mematuhi kebersihan.

Aspek kebersihan itu tidak hanya mencakupi kawasan persekitaran tapak projek. sebaliknya diperluas terutamanya di kawasan tempat tinggal pekerja buruh binaan. Hal ini demikian kerana polemik mengenai penularan wabak denggi sebelum ini pernah dikaitkan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak mementingkan tahap kebersihan dan hakikat itu tidak boleh dipandang mudah.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana . “Perangi Wabak Denggj", oleh Khuzairi Ismail. Utusan Malaysia. 28 Januari 2009)


Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan rumusan.

Jawab soalann-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata penularan wabak.             [2 markah]

(ii) Penulis ada menyebutkan tentang beberapa sikap negatif masyarakat yang menghalang usaha mengurangkan pembiakan wabak  denggi.
Apakah sikap-sikap negatif tersebut.                                 [3 markah] .


(iii) Pada pendapat anda. mengapakah masyarakat tidak mengambil berat tentang bahaya  demam denggi ?                                     [4 markah]






Soalan 2(b)  Pemahaman Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                                      Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.


Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.


Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei sing
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

(i)        Berdasarkan sajak tersebut,    nyatakan dua perasaan penyajak.
(2 markah)
(ii)                  Tindakan segelintir anak-anak menempatkan ibu bapa mereka yang telah tua ke rumah jagaan orang-orang tua merupakan suatu Tindakan yang tidak wajar.
Beri pendapat anda tentang pernyataan ini dengan dua alasan yang kukuh.                                                    (3 markah)


(iii)    Jelaskan dua pengajaran yang anda peroleh daripada sajak tersebut.                                                         (4 markah)






semak jawapan rumusan di sini







Tiada ulasan: