HALAMAN 2

Rabu, 25 November 2020

HEBAT RUMUSAN 13 - IMPAK KETAGIHAN PERANTI ELEKTRONIK




NAMA:                                                                          TARIKH:  

TINGKATAN:

 GEMILANG RUMUSAN SET 1



Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja dan cabaran untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Peredaran zaman telah mengubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk mengisi waktu terluang dengan peranti elektronik. Secara umumnya peranti elekronik bermaksud semua peralatan elektronik yang berfungsi sebagai medium penyampai maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. Walaupun secara asasnya makna peranti elaktronik ini merujuk kepada perkembangan teknologi yang mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, namun dalam kalangan remaja, perkembangan teknologi ini menjadi ancaman jika tidak dikawal penggunaannya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2014, sebahagian besar pengguna Internet di Malaysia terdiri daripada remaja.

 

Kecenderungan remaja menggunakan peranti elektronik secara berlebihan sebenarnya berpunca daripada kesilapan segelintir ibu bapa dan penjaga remaja terbabit. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab dan mengakui bahawa isu ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja bermula daripada kebebasan dan keterbukaan ibu bapa melengkapkan anak remaja dengan peralatan elektronik. Di samping itu segelintir ibu bapa pada masa ini mudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peranti elektronik untuk anak-anak remaja mereka sebagai ‘penjaga’ pada waktu mereka sibuk di luar rumah. Sehubungan itu terdapat pelbagai kesan negatif yang menimpa para remaja. Pembaziran masa merupakan antara impak negatif terhadap penggunaan peranti elektronik secara berlebihan. Masalah kesihatan seperti obesiti juga dikatakan berpunca daripada situasi tersebut. Dalam konteks yang lain para remaja akan berhadapan dengan masalah kekurangan kemahiran bersosial dan berkemungkinan menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan identiti.

 

Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, remaja yang menggunakan aplikasi seperti permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan penglihatan mereka dan menyebabkan mata menjadi rabung. Selain itu, bagi remaja yang menggunakan peranti elektronik dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan meninggakan kesan kesakitan pada tulang belakang dan meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu, remaja yang ketagihan penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru sebaliknyanya lebih terarah kepada dunia digital. Dalam aspek pergaulan dan berkomunikasi pula, remaja akan menjadi lebih pendiam, kurang sabar, tidak mempunyai teman rapat dan penguasaan bahasa yang tidak berkembang. Isu remaja dan masalah ketagihan peranti elektronik ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Masalah ini menjadi semakin kritikal akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi yang semakin bervariasi.

 

Dalam membicarakan isu ketagihan remaja tehadap peranti elektronik ini, implikasi dari sudut perkembangan emosi pula akan mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian para remaja. Pada usia yang muda, remaja akan terdedah dengan masalah daya tumpuan yang rendah dan kawalan emosi yang tidak tersusun dengan baik. Oleh itu semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga perlu mengawasi penggunaan peranti elektronik dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi yang sangat pantas menyebabkan remaja tidak dapat lari daripada menggunakannya.

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan peranti elektronik telah menjadi suatu keperluan untuk menjalankan rutin harian. Namun begitu remaja seharusnya bijak memanfaatkan kecanggihan peranti tersebut, bukannya terjerumus ke lembah ketagihan.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

‘ Punca dan Kesan Ketagihan Peranti Elektronik’ oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Jun 2018. 


Soalan 2: Pemahaman

 

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

(i) Berikan maksud rangkai kata perkembangan emosi.             [2 markah]

Jawapan:


(ii) Dalam petikan penulis ada menyatakan kesilapan ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan remaja terjerumus ke lembah ketagihan peranti elektronik.

Nyatakan kesilapan-kesilapan tersebut.                                [3 markah]

Jawapan:

 

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani masalah ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja.                                                                          [4 markah]

Jawapan:










1 ulasan:

Unknown berkata...

Nak semak jawapan