HALAMAN 2

Memaparkan catatan dengan label NOVEL KSSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOVEL KSSM. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2024

LATIH TUBI FOKUS SOALAN NOVEL (SOALAN 8)


(i)                 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Dr. Maxi mengambil satu silinder  logam sepanjang 6 cm dari celah-celah senjata yang lain. Dia menghulurkan silinder itu kepada Aqram.

       “Kau boleh gunakan alat ini,” kata Dr. Maxi.

       “Penetrator?” Aqram cuba dapatkan kepastian.

       “Ya, aku rasa mungkin Farisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil WALL. Penetrator ini akan membantu kau untuk melemahkan WALL. Kau cuma perlu pastikan Farisha memegang penetrator ini selama lima belas saat,” terang Dr. Maxi.

       Aqram membelek silinder logam yang berada dalam genggamannya. Terasa ringan, sejuk dan tiba-tiba Aqram tersentak apabila melihat penetrator itu berubah dan telah bertukar bentuk menjadi aiskrim! Dr. Maxi ketawa.

       “Aku rasa kau tengah berfikir tentang aiskrim tadi. Begitulah caranya untuk menggunakan penetrator. Kau cuma perlu fikirkan sesuatu dan penetrator itu akan berubah bentuk menjadi seperti objek yang kau fikirkan tadi,” kata Dr. Maxi. 

       “Saya rasa, saya tahu tindakan yang perlu saya lakukan esok,” ujar Aqram. Nada suaranya lebih yakin kali ini.


                                 Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia.


(i) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan  yang terdapat pada penetrator  yang dicipta oleh Dr.Max.                                                       ( 4 markah)

Contoh Jawapan:

         Keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada penetrator yang dicipta oleh Dr. Maxi ialah penetrator ini akan membantu kau/Akram untuk melemahkan WALL dan penetrator itu berubah dan telah bertukar bentuk menjadi aiskrim.  Selain itu, Kau/Aqram cuma perlu fikirkan sesuatu dan penetrator itu akan berubah bentuk menjadi seperti objek yang kau fikirkan tadi. 

 (Pemindahan makluman - isi cukup 3 isi = 3 markah, Bahasa baik = 1m)


(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 

a.      Di Sebalik Dinara, Karya Dayang Noor

b.      Silir Daksina, Karya Nizar Parman

c.       Jendela Menghadap Jalan, Karya Ruhaini Mandarin

d.      Pantai Kasih, Karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh pembaca.      (6 markah)

Peristiwa 1

Peristiwa Azraai memasang retinal scanner di pintu apartment adik angkatnya Farisha dan menyambung intercom apartmen tersebut ke terlefon di rumahnya untuk menjamin keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dari tempat tinggal Farisha.

Peristiwa 2

Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.

            
Contoh jawapan:

        Novel yang telah saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Novel ini memaparkan banyak peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca.

        Peristiwa yang pertama ialah peristiwa  Azraai memasang retinal scanner di pintu apartment adik angkatnya Farisha dan menyambung intercom apartmen tersebut ke terlefon di rumahnya untuk menjamin keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dari tempat tinggal Farisha.  Peristiwa ini boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca bahawa seorang abang perlu sentiasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya daripada perkara-pekara yang tidak baik.

       Peristiwa yang kedua pula ialah peristiwa  Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.   Peristiwa ini  boleh dijadikan panduan dalam kehidupan pembaca  kerana seorang anak mestilah sanggup memaafkan kesalahan ibu bapa dan tidak menyimpan dendam supaya kehidupan menjadi tenang.

      Demikianlah antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara.                                  

Jumaat, 2 Jun 2023

SOALAN 8 - NOVEL SPM 2021




8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

 

(i)          Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

 

        Setelah bergelut dengan gambaran Doktor Sadiz di dalam lif berulang kali tadi,hatinya telah mula berdebar-debar kerana merasakan dirinya diburu oleh bayangan Doktor Sadiz.  Setiap derap ranting patah yang gugur dilanggar angin, setiap derap tapak kasut pegawai keselamatan atau sesiapa sahaja yang melewati koridor di luar kondominium mewahnya, dapat didengarnya dengan amat peka lagi jelas.

 

        Raiha mengeluh singkat, melepaskantekanan yang dialaminya, di ruangtamu kondominiumnya yang luas itu.  Dia sendiri tidak mengerti sebab dia harus terus-terusan dikejar oleh perasaan takut seperti itu kerana bayangan tersebut hanya akan membuatkan dia berasa sepi, terasing dan amat terkilan.  Kesepian, keterasingan dan perasaan terkilan itu bepadu dengan suatu perasaan yang menakutkannya, cukup menyeksa dunia batinnya.  Perasaan-perasaan yang berpadu dengan keletihan yang mencengkam dirinya itu menyebabkan Raiha amat sukar merehatkan diri di pembaringannya sebentar tadi.  Membuatkan dia penuh waspada.

 

(dipetik daripada novel Pantai Kasih, karya Azman Nordin KPM)

 

(i)   Apakah tekanan-tekanan yang dihadapi oleh Raiha?    (4 markah)

 

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 

(a) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor

(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(d). Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(A) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa-peristiwa yang menggembirakan                                         (6 markah)



 (i)          Tekanan-tekanan yang dihadapi oleh Raiha

 

P1   merasakan dirinya diburu oleh bayangan Doktor Sadiz

P2   dia berasa sepi,  terasing an amat terkilan

P3   suatu perasaan yang menakutkannya

P4   cukup menyeksa dunia batinnya

P5   sukar merehatkan diri di pembaringannya

 

 

(ii)         Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Terdapat beberapa peristiwa yang menggembirakan sepanjang perkembangan cerita novel ini.

                        Antara peristiwa yang menggembirakan saya ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha dan menyambung interkom apartmen Farisha ke telefon di rumahnya untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin .  Peristiwa ini menggembirakan saya kerana seorang abang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat untuk melindungi diri adiknya dari mara bahaya walaupun hanya sebagai adik angkat.

     Selain itu peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu iaitu Azraai sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab yang bernilai sebanyak RM 1.5 juta. Peristiwa ini menggembirakan saya kerana tindakan merujuk dan mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan ialah suatu tindakan bijak dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

 

    Akhir sekali peristiwa yang menggembirakan saya ialah peristiwa  Farisha bertemu dengan Karl yang sedang nazak di rumah agam.  Ketika pertemuan itu, Farisha hanya merenung wajar Karl yang kelihatan cengkung.  Farisha menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya.  Farisha berasa sebak dan mengucapkan selamat tinggal kepada Karl.  Tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu.  Peristiwa ini menggembirakan saya kerana sebagai anak Farisha sanggup menziarahi Karl buat kali terakhir walalupun Karl telah menjadikannya bahan uji kaji kerana hubungan darah antara anak dan ayah tidak akan putus.

 

    Demikianlah antara peristiwa yang menggembirakan saya dalam novel yang telah saya kaji.









SOALAN 8 - NOVEL SPM 2021

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

 

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan     menggunakan ayat anda sendiri.

 

          "Nanti jika orang tahu apa pula kata mereka?"

 

"Peduli kata orang. Orang hanya pandai bercakap tetapi tak mahu menolong. Embong, walaupun saya orang Cina tetapi saya anggap Melayu ialah bangsa yang paling baik. Tengoklah, saya sekeluarga di sini pun boleh hidup senang. Sikap orang Melayu dulu suka tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat."

 

    "Mereka sibuk cari harta."

 

      "Semua orang hidup cari harta. Mahu hidup senang. Tapi janganlah fikir perut sendiri sahaja. Dulu ada kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang tolak. Esok ada majlis Maulidur Rasul, Imam Deraman mengeluh kepada saya. Dia kata, nak suruh orang memasak bukan main susah. Semua kata sibuk. Kalau pun sanggup, perlu dibayar upah. Susah macam ini," kata Tauke Lim.

 

    "Sikap orang bandar sudah masuk kampung.”

 

Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Tauke Lim menyatakan bahawa "Sikap orang bandar sudah masuk kampung."

 

[4 markah]

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 

(a) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor

(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(d). Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(A) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

 

    Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang   menarik perhatian anda.

 

[6 markah]



(i) (i) Sebab-sebab

    P1 dulu suka tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat        1m             

    P2 fikir perut sendiri sahaja                                                         1m

    P3 Dulu ada kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang tolak  1m

    P4 Semua kata sibuk                                                                   1m

    P5 perlu dibayar upah                                                                  1m

[Maksimum: 4 markah]





(ii)    Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Terdapat beberapa peristiwa yang menarik perhatian pembaca sepanjang perkembangan cerita novel ini.

    Antara peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha dan menyambung interkom apartmen Farisha ke terlefon di rumahnya untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin .  Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat seorang abang untuk melindungi diri adiknya dari mara bahaya walaupun hanya sebagai adik angkat.


     Selain itu peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu iaitu Azraai sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab yang bernilai sebanyak RM 1.5 juta. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana tindakan merujuk dan mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan ialah suatu tindakan bijak untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

    Akhir sekali peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa  Azraai yang berani mengambil risiko untuk memberitahu Farisha bahawa dia merupakan anak angkat dalam keluarganya yang diserahkan ketika dia berumur 2 tahun 26 tahun yang lepas walaupun dia tahu adik angkatnya itu akan berasa sedih apabila mengetahui kebenaran. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana memaparkan keberanian dan kejujuran seseorang yang diamanahkan dalam menyatakan sesuatu perkara biarpun sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.

    Demikianlah antara peristiwa menarik perhatian saya dalam novel yang telah saya kaji.




Selasa, 16 Ogos 2022

JAWPAN ESEI PERBANDINGAN 2 NOVEL - SILIR DAKSINA DAN DI SEBALIK DINARA


CONTOH JAWAPAN ESEI

SOALAN PERBANDINGAN DUA BUAH NOVEL

DI SEBALIK DINARA DAN NOVEL SILIR DAKSINA

 

LATIHAN 1

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa menarik daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari  dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara.   Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Manakala peristiwa yang menarik dalam novel Di Sebalik Dinara pula ialah ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya itu.

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LATIHAN 2

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan SATU peristiwa yang boleh dijadikan teladan daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan – gunakan frasa :  Kita hendaklah….

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan Di Sebalik Dinaran dalam tingkatan 4.  Dalam novel-novel  ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antara peristiwa dalam novel Silir Daksina   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah Kayan.

             Manakala dalam novel Di Sebalik Dinara pula, peristiwa yang boleh dijadikan teladan  ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah mengamalkan sikap pemaaf terhadap orang lain terutama keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.

Demikianlah peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LATIHAN 3

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa dibahagian peleraian cerita menggembirakan daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa di bahagian peleraian cerita dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa di bahagian peleraian cerita daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menggembirakan

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari  dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara.   Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

             Antara peristiwa di bahagian peleraian yang menggembirakan dalam novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menggembirakan saya  kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Manakala peristiwa yang menggembirakan di bahagian peleraian cerita  dalam novel Di Sebalik Dinara pula ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini menggembirakan saya memaparkan sikap pemaaf terutama kepada ahli keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.

            Demikianlah peristiwa menggembirakan dalam novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.














JAWAPAN ESEI NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5


CONTOH JAWAPAN KBAT ESEI NOVEL – SILIR DAKSINA  KARYA NIZAR PARMAN

SOALAN  8(II)

LATIHAN 1.

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Selain itu, peristiwa yang menarik seterusnya ialah Peristiwa ketabahan watak utama  Haiqal   menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan ketabahan dam kasih sayang seorang remaja untuk mengetahui kisah hidup arwah ayah kandungnya

            Peristiwa menarik yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

LATIHAN 2:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan teladan dalam kehidupan.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan..

Gunakan frasa ..kita hendaklah

Contoh jawapan Esei:         

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antara peristiwanya   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah Kayan.

            Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan teladan  seterusnya ialah  peristiwa  Haiqal  tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana kita hendaklah tabah menempuh cabaran dan rintngan untuk mencapai yang diingini.  Kita juga haruslah mempunyai perasaan  kasih sayang kepada keluarga terutama ayah dan ibu,

            Peristiwa  yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana dalam  kehidupan bermasyarakat kita hendaklah mengamalkan  semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa yang boleh menjadi teladan dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

  

 













Khamis, 12 Ogos 2021

LATIHAN NOVEL KSSM SET 1 & 2



LATIHAN SOALAN BAHAGIAN B –

SOALAN 8 - NOVEL

TINGKATAN 5 ST

SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Pada tahun 1993, pihak berkuasa tentera telah menguasai politik Jepun dan mereka telah mewujudkan satu Dasar Perluasan Kuasa dengan slogan Asia Timur Raya ataupun Asia untuk Orang Asia.  Mereka juga bercita-cita seluruh kawasan Asia mesti berada di bawah kuasa politik Jepun.

          Sebagai langkah pertama, pada tahun 1937, Jepun menyerang negara China dan berjaya menaklukinya.  Ekoran daripada Tindakan itu, Amerika Syarikat dan sekutunya Britain serta Belanda telah menentang pencerobohan itu, lalu mengenakan sekatan ekonomi dan tentera kepada Jepun.

          Jepun  yang mempunyai ramai penduduk menghadapi kesulitan akibat kekurangan bahan  pertanian dan bahan galian, terutamanya getah, bijih timah dan besi untuk membangunkan perindustian mereka.

 (Dipetik daripada novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa” karya Abdul Latip Ismail, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)

 

 

(i)          Nyatakan kesan yang dialami oleh negara Jepun setelah negara itu menyerang negara China demi merealisaskan cita-citanya untuk menakluk seluruh kawasan Asia.

[4 markah]

 

(ii)                            Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut;

(i)                   Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor

(ii)                 Silir Daksina , karya Nizar Parman

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang dapat memberi teladan kepada anda untuk menjadi modal insan yang mulia.

                                                                     [6 markah]

    

 

 

SET2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Selesai Latihan, Pak Haji Salam yang juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan.  Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas.

          “Sebenarnya begini, selepas solat isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan saya bahawa YB Shamsuri akan datang dua minggu lagi.  Katanya malam minggu.  Kebetulan pula, pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kit aini.  Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin.  Jadi, nampaknya kita perlulah membuat persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Pak Haji Salam.

(Dipetik daripada novel “Silir Daksina” karya Nizar Parman, Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)


(i)                   Mengapakah Pak Haji Salam ingin berbincang dengan Aku, Tauke Lim dan beberapa ahli kumpulan zapin selepas selesai latihan?

(4   markah)

     (ii)         Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut;

(i)                   Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor

(ii)                 Silir Daksina , karya Nizar Parman

     Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan dua  peristiwa yang menarik perhatian anda.

                                                                                    (6 markah)