HALAMAN 2

Khamis, 12 Ogos 2021

LATIHAN NOVEL KSSM SET 1 & 2



LATIHAN SOALAN BAHAGIAN B –

SOALAN 8 - NOVEL

TINGKATAN 5 ST

SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Pada tahun 1993, pihak berkuasa tentera telah menguasai politik Jepun dan mereka telah mewujudkan satu Dasar Perluasan Kuasa dengan slogan Asia Timur Raya ataupun Asia untuk Orang Asia.  Mereka juga bercita-cita seluruh kawasan Asia mesti berada di bawah kuasa politik Jepun.

          Sebagai langkah pertama, pada tahun 1937, Jepun menyerang negara China dan berjaya menaklukinya.  Ekoran daripada Tindakan itu, Amerika Syarikat dan sekutunya Britain serta Belanda telah menentang pencerobohan itu, lalu mengenakan sekatan ekonomi dan tentera kepada Jepun.

          Jepun  yang mempunyai ramai penduduk menghadapi kesulitan akibat kekurangan bahan  pertanian dan bahan galian, terutamanya getah, bijih timah dan besi untuk membangunkan perindustian mereka.

 (Dipetik daripada novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa” karya Abdul Latip Ismail, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)

 

 

(i)          Nyatakan kesan yang dialami oleh negara Jepun setelah negara itu menyerang negara China demi merealisaskan cita-citanya untuk menakluk seluruh kawasan Asia.

[4 markah]

 

(ii)                            Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut;

(i)                   Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor

(ii)                 Silir Daksina , karya Nizar Parman

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang dapat memberi teladan kepada anda untuk menjadi modal insan yang mulia.

                                                                     [6 markah]

    

 

 

SET2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Selesai Latihan, Pak Haji Salam yang juga merupakan ketua kumpulan zapin D’Purnama tidak membenarkan aku pulang dahulu kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan.  Aku, Tauke Lim dan beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin ini duduk berkumpul di atas pentas.

          “Sebenarnya begini, selepas solat isyak di masjid tadi, Haji Kemat JKKK memaklumkan saya bahawa YB Shamsuri akan datang dua minggu lagi.  Katanya malam minggu.  Kebetulan pula, pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri juga telah menghubungi Haji Kemat untuk datang ke sini kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat kit aini.  Mereka hendak memperkembang rentak jincat ini dan akan diwartakan sebagai salah satu rentak asli dalam tarian zapin.  Jadi, nampaknya kita perlulah membuat persediaan yang rapi supaya acara kita berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Pak Haji Salam.

(Dipetik daripada novel “Silir Daksina” karya Nizar Parman, Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)


(i)                   Mengapakah Pak Haji Salam ingin berbincang dengan Aku, Tauke Lim dan beberapa ahli kumpulan zapin selepas selesai latihan?

(4   markah)

     (ii)         Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut;

(i)                   Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor

(ii)                 Silir Daksina , karya Nizar Parman

     Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan dua  peristiwa yang menarik perhatian anda.

                                                                                    (6 markah)

 













Tiada ulasan: