SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA & LATIHAN PKP
TATABAHASA
Nama:
Tingkatan:
Tarikh Tugasan : 6/42020 – Hari
Khamis
NOTA
(Sila print nota
& latihan dan masukkan dalam Fail Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu)
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu
subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
mudah atau ayat selapis.
Contoh :
- Lelaki itu \ sedang
menembak burung.
Subjek = Lelaki itu
Predikat = sedang
menembak burung.
- Ibu saya /seorang guru
Subjek = Ibu saya
Predikat =
seorang guru
Ayat Majmuk
- Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih
dari satu subjek atau lebih dari satu predikat.
- Ayat
Majmuk juga mengandungi lebih daripada satu ayat tunggal yang
digabungkan menggunakan kata hubung .
- Terdapat 2 jenis ayat
majmuk
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan.
4. Ayat Majmuk Gabungan/ ayat gabungan
-
Terbentuk dengan
cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal menggunakan kata hubung
gabungan seperti – dan, atau, lalu, tetapi, maka, sambil
-
Contoh ayat I:
a) Pelajar itu bijak (ayat tunggal)
b) Pelajar itu sombong (ayat tunggal)
c) Pelajar itu bijak tetapi sombong. (ayat majmuk gabungan/ayat gabungan)
Contoh ayat 2:
a) Salim
menebas rumput. (ayat tunggal)
b) Salimah menyapu sampah. (ayat tunggal)
c) Salim menebas rumput dan Salimah menyapu sampah. (ayat majmuk gabungan)
5. Ayat majmuk pancangan
-
Terbentuk dengan
menambah penerang kepada subjek
menggunakan kata hubung pancangan ‘ yang’.
-
Contoh I:
a) Lelaki itu abang saya. (ayat tunggal)
b) Lelaki itu tinggi. (ayat tunggal penerang )
c) Lelaki yang
tinggi iu abang saya.
-
Contoh 2:
a) Orang tua itu dibawa sertamerta ke hospital.
(ayat tunggal)
b) Orang tua itu sedang sakit tenat. (penerang
subjek)
c) Orang tua yang
sedang sakit tenat itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat majmuk pancangan)
LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT
(Memisahkan ayat )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada
dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Sila tulis jawapan anda dengan font berwarna
BIRU.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal
Contoh 1.
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i) Tauke Lim menternak ayam daging
(ii) Tauke Lim menternak ayam telur
Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i) Tauke Lim menternak ayam daging
(ii) Tauke Lim menternak ayam telur
Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.
1. Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala
ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1:
Ayat 2:
2. Salina yang menderita penyakit kanser tahap
empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3. Ayat 1:
4. Ayat 2:
5. Pekerja-pekerja asing menjadi pilihan banyak majikan di
negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.
Ayat 1:
Ayat 2:
6.
Adakah
Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1:
Ayat 2:
7.
Pendebat
itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Ayat 1:
Ayat 2:
8.
Siswazah
yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:
9.
Semua anggota masyarakat hendaklah
saling menghormati agar kehidupan rakyat di
negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:
10.
Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu
padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
untuk bertemu dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:
11.
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
sekolah memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.
Ayat 1:
Ayat 2:
12.
Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia
tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan fokus utama dari semasa ke semasa.
Ayat 1:
Ayat 2:
13.
Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih
mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
Ayat 1:
Ayat 2:
14.
Produk
herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat
antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1:
Ayat 2:
15.
Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian
jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1:
Ayat 2:
16.
Setiap
hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1:
Ayat 2:
17.
Sebagai
pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja
dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1:
Ayat 2:
LATIHAN
PENGUKUHAN 2:
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
1. Mata pelajaran Sains
dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar. Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran
yang senang oleh sesetengah pelajar.
Jawapan:
2. Buku cerita itu sangat
tebal. Buku itu dibeli bersempena pesta
buku yang diadakan di Plaza
Angsana, Johor Bahru.
Jawapan:
3. Para pelajar perlu
menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan. Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu
Kalsom.
Jawapan:
4. Dalam usaha mengawal
jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah
Kawalan Pegerakan(PKP). Orang ramai
perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
Jawapan:
5. Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah
kenderaan. Kemalangan itu berlaku di
Jalan Kemboja. Kemalangan itu
menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:
6. Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan
jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban. Warga tua berkorban membangunkan negara
tercinta.
7. Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh
Kurikulum. Dia berjaya mengharumkan nama
sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian
kaki.
8. Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran
di bahu jalan di sepanjang jalan utama.
Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran. Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.
Gabungkan ayat-ayat
tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau
ialah bencana alam. Kemarau
berpunca daripada cuaca panas. Kemarau
berpunca daripada kurangnya hujan.
Kemarau menyebabkan tanah kering kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat
ketiadaan air. Kemarau mmenyebabkan air
terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air
terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh anggota masyarakat.
(6markah)
Jawapan:
15 ulasan:
Hi.. boleh minta skema untuk latihan ini? tq
Jawapan pun bagi salah
jangan la macam itu..
This is very helpful
Cikgu adakah ayat tunggal itu tiada kata hubung.
Saya tak faham sangat tentang bab ini
TERIMA KASIH CIKGU
k
terima kasih cikgu ia amat membantu
Terima kasih cikgu , ini amat membantu saya
Ikkkkkkk9kkkkkkoo
Bodoh
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. minta izin untuk menggunakan latihan yang diberi bagi kegunaan pdpr.
Terima kasih cikgu. Saya mohon share.
Terima kasih cikgu
Catat Ulasan