HALAMAN 2

Selasa, 12 Mei 2020

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA -KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH @ KESALAHAN TATABAHASA




LATIHAN  PENGUKUHAN TATABAHASA
LATIHAN KENDIRI:  23/4/2020
TINGKATAN: 5  PD

Soalan 3 (d)
Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata , istilah dan kesalahan tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.   Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada  satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1.   Para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga di barangan yang dijual  untuk mengelakkan unsur penipuan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mengibarkan  -   meletakkan √
Kesalahan Tatabahasa: di  -  pada √

2.   Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

3.   Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari semasa ke semasa dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

4.   Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

5.   Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

6.   Nabilah melihat pakaian-pakaian yang bergayut di ampaian rumah neneknya meliuk-liuk apabila angin petang tiup.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

7.   Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat dikagumi oleh saya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :


8.   Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih apa barangan elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :


9.   Saintis masih menyiasat sampel pelbagai spesies-spesies hidupan marin yang ditemui mati untuk mengenal pasti puncanya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :


10.         Kurikulum di institut pengajian tinggi awam bakal disetarakan dengan kehendak majikan supaya mengelakkan masalah pengangguran.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

11.        Puan Rahimah sedang  bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

12.        Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

13.        Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

14.        Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

15.        Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

16.        Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan  Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

17.        Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal  penyambungan wabak tersebut.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

18.         Album yang baru diterbitkan itu mengandungi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan diminati ramai.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

19.         Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka tetapkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :


20.         Istana terpaling indah itu ialah tempat  Sultan Muzzafar Shah tinggal.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :





Tiada ulasan: