HALAMAN 2

Rabu, 6 Mei 2020

LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN - LANGAH-LANGKAH MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP



SMK CONVENT, BATU PAHAT

LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN  PETIKAN PKP FASA 4
Nama :
Tingkatan: 5PD & 4 ST
Tarikh: 30/4/2020

Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat :
a)    Menulis pendahuluan rumusan dengan betul
b)    menyenaraikan isi tersurat
c)    menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat
d)    menulis kesimpulan dengan betul
e)    menulis rumusan lengkap mengikut format yang betul.
f)     Menjawab soalan pemahaman dengan betul.




Baca petkan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesannya jika tidak cukup tidur. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Soalan 1: Rumusan
(30 markah)

            Menurut kajian,keperluan tempoh masa tidur seseorang individu itu berbeza-beza mengikut gen, mekanisma badan, umur dan jantina.  Sesetengah individu mudah terlena, manakala sebahagian lagi sangat sukar untuk melelapkkan mata.

            Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam.  Jika kurang daripada enam jam bermakna seseorang itu “berhutang dengan tidurnya sendiri”.  Namun begitu, kuantiti tidur yang banyak  juga tidak memberi impak yang baik jika tidur terganggu.  Yang paling penting ialah tidur yang berkualiti atau nyenyak walaupun kuantitinya kurang daripada enam jam.
              
                Biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari.  Jika perlu, anda perlu membatasi waktu tidur pada siang hari agar tidur pada sebelah malam tidak terganggu.  Bagi segelintir individual mereka mengakui agak sukar untuk mengamalkannya.  Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan waktu tidur yang cukup, anda perlu  bertekad untuk melakukannya. Di samping itu, anda perlu mewujudkan suasana tidur yang nyaman.  Pastikan bilik tidur anda menjadi tempat paling tenang untuk merehatkan diri.  Anda boleh mendengar muzik sentimental atau lembut sambil membaca bahan bacaan ringan.  Lampu yang malap juga boleh digunakan.

               Seseorang individu juga perlu mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang.  Jangan makan sebelum tidur.  Makanan yang dimakan sebelum tidur sukar dihadamkan.  Jika lapar makanlah buah-buahan yang rendah kalorinya.  Kita juga wajarlah mengelakkan daripada terlalu banyak berfikir sebelum tidur.  Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran sebelum masuk ke bilik tidur.  Anda juga digalakkan untuk melakukan meditasi atau senaman pernafasan.  Penggunaan teknik wangian aromaterapi boleh dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar mampu bagi membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut.  Keadaan ini dapat mewujudkan fikiran yang tenang terutamanya penggunaan minyak aromaterapi daripada wangian lavender amat sesuai untuk membantu tidur yang lena.  Bagi yang beragama Islam  mungkin boleh berzikir sehingga terlelap.

               Bantal juga mempegaruhi kualiti tidur.  Pemilihan bantal yang sesuai merupakan elemen yang perlu dititikberatkan.  Oleh itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal yang bersesuaian demi “keamanan tidur” anda.  Tidak dinafikan, gaya tidur memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Oleh itu, anda perlu mengamalkan posisi tidur yang baik. Tidur dengan posisi yang betul adalah dalam  keadaan tulang belakang dan tulang  leher berada pada posisi  selari.

 (Dipetik dan diubah suai daripada “Berhutang dengan Tidur”
 oleh Syahrul Ahmad, Dewan  Siswa , Februari 2017)
        
Arahan:

  1. Lengkapkan jadual isi-isi penting rumusan   
  2. Tulis rumusan lengkap anda
  3. Jawab soalan pemahaman petikan.
  4. Turn In tugasan mengikut masa                                                                                                                                                                                                                                                                                      
Analisis soalan:
Isi tersurat : Langkah-langkah untuk menapatkan tidur yang cukup.
Isi Tersirat : kesan-kesannya jika tidak cukup tidur

Jumlah perkataan :  tidak melebihi I20 patah perkataan

 Semak jawapan di sini....  



Soalan 2 :  Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.                               

(i) Berikan maksud rangkai kata berbeza-berbeza mengikut gen.                                                                             [2 markah]

              ________________________________________________________________

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa cara untuk menenangkan fikiran di dalam bilik tidur.
    Nyatakan cara-cara tersebut.                                                                                                                                   [3 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat yang diperoleh oleh seseorang yang
       mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         [4 markah].

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Tiada ulasan: