HALAMAN 2

Selasa, 8 April 2014

Analisis Novel Cempaka Putih Untuk Mu - LATAR

PENGERTIAN KONSEP LATAR DALAM KOMSAS

LATAR
Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. 
Ini bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.

(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. 
Latar masa dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.

(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.


(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. 
Latar tempat boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya.



LATAR DALAM NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUK MU

Latar Masa

i.        Pagi
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut

ii.       Petang
Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii.      Malam
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.


Latar Tempat

i.        Di Kuala Lumpur
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii.       Di kampung Kuala Batu.
Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii.      Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu
Contoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat
PMR.

iv.      Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam
PMR.

iii.      Pontian
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.  

iv.      Kampung Langsat
Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. 

Latar Masyarakat

i.      Masyarakat bandar
          Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan  untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

ii.      Masyarakat orang Asli
          Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii.     Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional
          Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah ‘benda kotor’. 

iv.     Masyarakat pelajar
          Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

v.       Masyarakat peniaga
          Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

 vi.     Masyarakat pendidik
          Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

2 ulasan:

Muiz THE BlOgGer berkata...

Terima kasih cikgu

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH CIKGU.INI AMAT BERGUNA KEPADA SAYA