HALAMAN 2

Khamis, 3 April 2014

NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUK MU - NILAI & PENGAJARAN





Nilai Kemanusiaan

 Nilai keberanian

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.


ii.             Nilai ketabahan

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah   berasrama penuh.


iii.            Nilai bertanggungjawab

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab,    beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana.


iv.            Nilai kasih sayang

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

v.             Nilai kebijaksanaan

Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil   ecstasy di sekolahnya.



vi.            Nilai kegigihan

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam  peperiksaan PMR.




Pengajaran

i.        Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii.        Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

iii.        Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

iv.        Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah  dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

v.        Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

vi.        Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh:  Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari.  Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.





Tiada ulasan: