HALAMAN 2

Sabtu, 7 Jun 2014

Tugasan Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2014 - Tingkatan 1 Cerdik & 1 Bestari

Assalamualaikum w.b.t 
selamat sejahtera, salam gemilang dan salam satu impian.

Selamat bercuti buat anak-anak didikku yang cerdik lagi bestari...

Dalam pada berseronok dan bergembira bercuti bersama-sama keluarga, cikgu harap anak-anak didik cikgu tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran.

Di sini cikgu titipkan tugasan Bahasa Melayu untuk disiapkan semasa cuti ini.

Bacalah arahan yang diberikan dan bertanyalah sekiranya ada yang tidak difahami.  

Siapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggunjawab dan bukannya ala kadar bak kata peribahasa bagai melepaskan batuk di tangga sahaja'


Sila hantar ke dua-dua tugasan pada hari pertama sesi persekolahan 
15 Jun 2015



TUGASAN 1 - PENULISAN KARANGAN


Arahan:  

1.   Buat latihan dalam buku karangan
2.   Cetak dan tampalkan soalan dalam buku karangan anda
3.   Tuliskan rangka karangan 
4.   Tulis karangan lengkap tentang salah satu soalan yang dikemukakan



Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Malaysia.  
Tulis karangan berdasarkan soalan yang diberikan.  Panjang karangan anda hendaklah antara 120 hingga 150 patah perkataan sahaja.


MENARA BERKEMBAR PERTONAS- KUALA
LUMPUR
MASJID KRISTAL - TERENGGANU













                                                             

TEMPAT-TEMPAT TUMPUAN PELANCONG
 DI MALAYSIA


KOTA A'FAMOSA - MELAKA
DATARAN HELANG - LANGKAWI





Soalan    
Sebagai pemberita salah sebuah akhbar terkemuka, anda telah mewawancara seorang pegawai di Kementerian Kebudayaan dan Kesenian untuk meninjau pendapat beliau tentang sebab-sebab Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
Tuliskan teks wawancara anda selengkapnya.





TUGASAN 2 - PERIBAHASA

1.  Buat tugasan ini dalam buku karangan anda.
2.  Rujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan maksud yang tepat dan 
     jelas.



Beri maksud peribahasa berikut:


1.    Bagai menatang minyak yang penuh
2.    Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain
3.    Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
4.    Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih
5.    Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
6.    Sesal dahulu penapatan, sesal kemudian tidak berguna
7.    Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
8.    Bagai melepaskan batuk di tangga
9.    Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga
10.  Ringan tangan
11.  Tangkai jering
12.  Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
13.  Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
14.  Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
15.  Kaki bangku
16.  Telinga kuali
17.  Bulat air kerana pembetung, bulat manuasia kerana muafakat
18.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
19.  Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
20.  Biar putih tulang, jangan putih mata
21.  Kepala angin
22.  Bapa borek anak rintik
23.  Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
24.  Sediakan payung sebelum hujan
25.  Muka tembok
26.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di 
       negeri sendiri
27.  Bagai katak di bawah tempurung
28.  Talam dua muka
29.  Buruk Siku
30.  Serampang dua mata


Selamat menyiapkan tugasan.
Sebarang pertanyaan boleh komen di blog atau di facebook cikgu
Sekian terima kasih.

Puan Kalsom bt Haron













 

Tiada ulasan: