HALAMAN 2

Sabtu, 14 Jun 2014

UNIKNYA DUNIA - Gambar Keindahan Dunia Disangkakan Photoshop

Dengan perkembangan teknologi manipulasi gambar terutamanya teknik photoshop kebelakangan ini, semakin sukar untuk kita percaya satu-satu gambar yang bertebaran di internet adalah benar. 

Kita menjadi begitu skeptik, hinggakan gambar yang betul-betul real pun ada juga yang sangsi terhadap kesahihan gambar tersebut.

Jom kita tengok gambar-gambar menakjubkan di bawah dan lihat samada anda percaya ianya adalah gambar yang real atau hanyalah teknik photoshop.



Gambar atas: Salar de Uyuni, merupakan kawasan tanah bergaram terbesar di dunia dengan keluasan sehingga 10,582 kilometer persegi. Terletak di Bolivia.



Gambar ini mempunyai latar belakang berwarna oren disebabkan pancaran matahari waktu pagi dan juga pasir yang berterbangan. Diambil di Namib-Naukluft PArk, Namibia.


Kalau anda pernah menonton The Dark Knight Rises, mesti pernah lihat tempat yang unik ini. Perigi bertangga yang terletak di kampung Abhaneri, Rajasthan, India ini digelar sebagai Chand Baori. Mempunyai 3500 anak tangga dan berketinggian 100 kaki (13 tingkat) menjadikannya antara perigi bertangga terbesar dan terdalam di India.



Terletak di daerah Ahal di Turkmenistan, kawasan kawah yang terbakar berterusan sejak 1971 ini digelar sebagai Door to Hell kerana rupanya.



Tasik ini terkenal di seluruh dunia kerana airnya yang berwarna pink akibat alga yang terdapat di dalamnya. Digelar sebagai Lake Retba, ianya terletak di Senegal.


Pemandangan padang hijau di Moravia.

Merupakan antara formasi geologi tertua di dunia, menjangkau usia 2 billion tahun, Gunung Romaria ini menjadi batu asas kepada sempadan tiga buah negara, iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.


Pelancaran Space Shuttle Endeavour pada waktu malam 9 Februari 2010.


Shinyo Sawako, sebuah kapal milik China. Gambar ini diambil sejurus selepas kapal ini bertembung dengan sebuah bot memancing di mana kejadian tersebut menenggelamkan bot itu dan membunuh 16 daripada 18 orang krew bot.



Space shuttle Colombia.


Gua Son Doong yang terletak di Vietnam ini merupakan gua terbesar di dunia ketika ini. Bukaan terbesar di gua ini menjangkau lima kilometer panjang, 200 meter tinggi dan 150 meter lebar.


Tunnel of Love, terletak di Kleven, Ukraine.


Kapal perang USS Iowa (BB-61) yang sedang menjalani latihan menembak di Vieques Island, Puerto Rico.


Camping di tebing gunung di Yosemite, California, Amerika.


Formasi batu berwarna-warni yang terdapat di Zhangye Danxia Landform Geological Park di daerah Gansu, China.

Tiada ulasan: