HALAMAN 2

Ahad, 13 Disember 2020

BAHASA MELAYU KERTAS 1 PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020 TINGKATAN 4



BAHASA MELAYU KERTAS 1

PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020

 TINGKATAN 4

Dua jam 


BAHAGIAN A

[30 Markah]

Masa dicadangkan :  30 minit

 

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.

Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi

permohonan satu pekerjaan yang anda minati.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.




























BAHAGIAN B

[70 markah]

Masa dicadangkan : 1 Jam 30 Minit

 

Arahan : Pilih satu soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan

 

Soalan 1 : Domain Kerjaya

 

Setiap individu berkehendakkan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh pengetahuan serta faktor-faktor yang ada di persekitarannya semasa proses pemilihan kerjaya itu berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti Holland, perbezaan minat kerjaya antara jantina, pendedahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.

 oleh ; ZAIROSLAWANEE BINTI ZAIB

 



Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dan kepentingannya.  Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin  masa hadapan mereka.

Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda.

 

 

Soalan 2 : Domain Pendidikan

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

                                                                                                                                         Sumber : Internet


 Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah dan kepentingan mempelajarinya.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

 

Soalan 3 : Domain Umum

KUALA LUMPUR: Malaysia mensasarkan berada dalam kedudukan 10 destinasi pelancongan utama dunia menjelang 2019, berbanding kedudukan ke-12 yang direkodkan pada masa ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata kementerian akan merancang hala tuju strategik dan pendekatan baharu bagi menyediakan persekitaran lebih mesra kepada peserta industri.

“Bagi mencapai sasaran berkenaan, Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk memacu pertumbuhan industri.

 “Kerajaan melihat potensi besar dalam industri pelancongan dan akan memberi sokongan sepenuhnya apa yang diperlukan oleh industri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) ke-46, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

 

Oleh Nurhayati Abllah - September 8, 2018 @ 1:28pm

nurhayatiabllah@nstp.com.my

 

Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia mensasarkan untuk berada dalam kedudukan 10 destinasi pelancongan utama dunia menjelang 2019.  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut mengadakan pelbagai kempen bagi menarik minat pelancong untuk terus berkunjung ke Malaysia dan antaranya ialah Kempen Pelancongan Gastronomi.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh kerjaan bagi memajukan lagi Pelancongan Gastronomi ini.


 
Soalan 4 : Domain Peribadi

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.  Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu.

sumber : internet

 

 Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu memainkan peranan untuk berkeperibadian dan berakhlak mulia agar dipandang mulia oleh masyarakat.

Jelaskan cara-cara membentuk keperibadian dan berakhlak mulia dalam kalangan remaja.

 

Soalan Tamat




1 ulasan:

syu berkata...

Assalamualaikum..terima ksih atas perkongsian cikgu.Balh saya dapata jawaban kertas 2.