HALAMAN 2

Jumaat, 4 Disember 2020

HEBAT RUMUSAN 15 - ANCAMAN GEJALA BULI SIBER


  GEMILANG RUMUSAN 3

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk menangani ancaman buli siber di media sosial dan kesannya kepada remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat pada masa ini mempunyai kemudahan untuk mengakses teknologi komunikasi, antaranya termasuklah melalui e-mel, blog dan media sosial. Disebabkan perkembangan teknologi tersebut, isu yang sering muncul dalam kalangan pengguna, khususnya remaja ialah buli siber. Dalam hal ini, buli siber bermaksud suatu bentuk gangguan dalam dunia digital dan secara kebiasaannya melibatkan kata-kata yang tidak sopan secara berulang-ulang, intai siber dan hasutan maya. Oleh itu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyarankan para pengguna agar mengamalkan kawalan kendiri ketika melayari media sosial.

Panduan kawalan kendiri boleh dipraktikkan dengan mengenali rakan media sosial yang menjadi kenalan anda. Sekiranya ada pemilik akaun yang tidak dikenali, usahlah diterima untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini. Ada juga kenalan yang pada mulanya kelihatan baik tetapi mula menunjukkan cubaan-cubaan untuk membuli, jadi lebih baik diputuskan perhubungan dan menyekatnya daripada mengikuti sebarang bahan yang dimuat naik di laman sosial. Usaha ini sangat berkesan bagi mangsa yang diganggu keselamatannya malah dapat mengelakkan fitnah atau hasutan. Selain itu, bagi remaja yang telah menjadi mangsa, ambillah langkah drastik untuk melaporkan kepada ibu bapa kerana mereka lebih memahami masalah anak-anak.

Buli siber juga boleh menjadi semakin serius sehingga kes itu berlanjutan ke peringkat sekolah. Oleh hal yang demikian, remaja patut melaporkan kes buli siber kepada guru yang dipercayai atau meminta bantuan kaunselor. Secara tidak langsung, guru dan kaunselor boleh mengambil tindakan kepada pembuli yang dikenal pasti bersekolah di sekolah yang sama ataupun memberikan kaunseling kepada mangsa buli siber. Bagi remaja yang bijak menyelesaikan masalah ini secara kendiri, mereka boleh terus mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan laman sosial. Aduan tersebut membolehkan pembuli diambil tindakan sebelum mengulangi perbuatan itu kepada orang lain pula.

Pendekatan proaktif amat penting untuk menyelesaikan kemelut buli siber dan remaja perlu menyimpan segala teks perbualan daripada pembuli yang berkemungkinan dapat dijadikan bahan bukti. Bukti tersebut dapat membela nasib mangsa buli sekiranya dibawa ke muka pengadilan. Di samping itu, pengguna media sosial yang terlibat boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia sekiranya masalah ini membabitkan ancaman terhadap keselamatan seseorang. Namun demikian, pengguna media sosial harus melihat kembali punca buli siber ini berlaku, berkemungkinan disebabkan perasaan cemburu atau hasad dengki yang keterlaluan. Ada juga yang bertindak membuli untuk membalas dendam kerana kisah silam yang tidak boleh dilupakan. Tambahan pula, tekanan perasaan akibat masalah keluarga menyebabkan pembuli bertindak melepaskan geram kepada orang lain.

Dipetik dan diubah suai daripada “Ancaman Buli Siber di Media Sosial”, oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dewan

Masyarakat, Bil. 6 2018






Soalan 2 : Pemahaman

 

[35 markah]


 

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)         Apakah maksud rangkai kata menyelesaikan kemelut?

[2 markah]

 

(ii)       Pengarang mengatakan bahawa pengguna media sosial harus mengenal pasti punca berlakunya ancaman siber.

Nyatakan punca-punca tersebut?

[3 markah]

 

(iii)      Pada pendapat anda, jelaskan hukuman yang boleh dikenakan kepada murid-murid yang terlibat dengan buli siber?

[4 markah]






2 ulasan:

:v berkata...

Jawapan nye mana

Unknow berkata...

Jawapan mana?