HALAMAN 2

Sabtu, 5 Disember 2020

MODUL PECUTAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5PD - SKEMA JAWPAN SET 9 - TATABAHASA


SKEMA JAWAPAN SET 9



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

                                   i.        rendang

                                 ii.        selak

   ii          iii.        perang

[6 markah]



Jawapan:

(i) rendang

- Beberapa orang petani itu sedang berehat sambil makan tengah hari di bawah pohon yang rendang di tepi sawah.

     - Ibu sedang sibuk memasak rendang daging dan nasi jagung untuk hidangan kami sekeluarga pada tengah hari  nanti.

(ii) selak

     -  Kebanyakan penduduk di kampung itu masih menggunakan sebatang kayu yang dipanggil selak untuk mengunci pintu atau tingkap rumah.

        -  Halaman muka surat buku teks Bahasa Melayu itu kuselak perlahan-lahan untuk mencari jawapan soalan pemahaman yang diberi oleh guru.


(iii) perang

         -  Ibu menceritakan bahawa kehidupan keluarga mereka sangat sukar ketika perang berlaku di Tanah Melayu sehingga terpaksa makan ubi kayu setiap hari. 

            -   Perempuan Inggeris yang berambut perang itu memandang Ramli sambil tersenyum manis.


(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

Jawapan:

(i) Danial meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya selepas pulang dari sekolah.

(1) Daniel meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya.

(2) Daniel pulang dari sekolah.


(ii) Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian dan kosmetik di premis perniagaan milik datuknya.

(1)  Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian dan kosmetik. 

(2)  Afeeqah menjalankan perniagaan di premis perniagaan milik datuknya.


(iii) Simon bekerja sebagai pembantu di kedai makan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarganya.

(1)  Simon bekerja sebagai pembantu di kedai makan.

(2)  Simon membantu menambahkan pendapatan keluarganya.



(a)[6 markah]

(c)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)         Kerajaan bersedia untuk melanjutkan pemberian rebet bil elektrik sehingga hujung tahun untuk diringankan beban rakyat.

(ii)       Melalui matapelajaran Sejarah, pelajar dapat memahami pahit getir kehidupan rakyat pada zaman dijajah dan memupuk semangat patriotik.

(iii)     Kerajaan sentiasa menggalakan murid aktif dalam sukan yang di minati dengan menyediakan banyak kemudahan untuk besukan di sekolah.

           [6 markah]


Jawapan:

        (i)  kesalahan ejaan     :  rebet - rebat

             Kesalahan imbuhan : diringankan - meringkankan


        (ii)  kesalahan ejaan     :  matapelajaran - mata pelajaran

             Kesalahan imbuhan :  dijajah -  penjajahan


       (iii)  kesalahan ejaan     :  di minati - diminati

             Kesalahan imbuhan : menggalakan - menggalakkan


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Dato' Wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di Rembau.

(ii)     Pengetua telah memberikan intensif sebanyak RM100.00 kepada semua pelajar-pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

(iii)   Ahmad paling dikenali sekali dalam kalangan rakannya sebagai seorang pelajar yang berhemah ketika berbelanja.

[6 markah]



 Jawapan:

      (i)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  selebar - seluas

             Kesalahan tatabahasa  : tanah pecah - pecah tanah


      (ii)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  intensif - insentif

             Kesalahan tatabahasa  : semua pelajar-pelajar - semua pelajar


       (iii)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  berhemah - berhemat

             Kesalahan tatabahasa  : paling dikenali sekali - paling dikenali


(e)  Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

(i)        Pengantin yang bersanding di atas pelamin itu kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.

(ii)      Pak Abu akhirnya berjaya menyiapkan sebuah rumah untuk keluarganya walaupun beliau hanya berpeluang membina rumah itu pada hujung minggu sahaja atas kesibukan kerja.

(iii)    Setelah sekian lama berhijrah ke luar negara, akhimya Faim pulang ke kampung halamannya dan membuka sebuah kedai runcit.



Jawapan:


(i)  bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata

(ii) sehari selembar benang, lama-lama menjaldi kain

(iii)bagai ikan pulang ke lubuk, bagai belut pulang ke lumpur/setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.


[6 markah]



 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih , peciu peciu ��