Pantun Kasih Sayang
Pantun
|
Maksud pantun
|
Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan
|
Rangkap 1:
Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-seri(bersinar) kerana senyumannya yang menawan. |
Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah;
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.
|
Rangkap 2 :
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan tidak kesampaian. |
Anak udang meniti batang,
Berasa dahan terlmpai;
Melihat bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.
|
Rangkap 3:
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya. |
Jalan-jalan sepanjang jalan,
Singgah menyinggah di pagar orang;
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
|
Rangkap 4:
Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk
memikat anak gadis(anak perempuan) orang.
|
Bila masa dipanggil maut,
Cinta tidak berharga lagi;
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.
Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah Bahasa, |
Rangkap 5:
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya. |
1. Tema
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian
supaya dapat hidup bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh
berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.
2. Persoalan
a) Perwatakan yang menarik
akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang.
b) Cita-cita untuk memiliki
sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri
c) Sanggup
berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
d) Perpisahan yang berlaku
tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti
pasti akan bertemu semula.
3. Bentuk
a) Pantun ini terdiri
daripada lima rangkap.
b) Bilangan baris pada
setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, :setiap rangkap empat baris;
c) Ada pembayang dan
maksudnya.
d) Jumlah suku kata 4
hingga 7.
e) Pantun jenis terikat.
4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, • Kandis terletak dalam
puan (perulangan vokal a)
(b) Aliterasi. Contohnya, • Asam didarat ikan di
laut. (perulangan konsonan d)
(c) Rima akhir :
· rangkap 1: abab;
· rangkap 2: abab;
· rangkap 3: abab;
· rangkap 4: abcb;
· rangkap 5: abab;
4.Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Kata ganda.
|
jalan-jalan; singgah-menyinggah;
|
Penggunaan unsur alam
|
buah mengkudu; kandis;
|
Personifikasi.
|
Anak udang meniti batang.
|
Repetisi.
|
kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2); •
|
Simile
|
Bagaikan rasa hendak dicapai.
|
5.Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai kasih sayang.
|
Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
|
Nilai rasional.
|
Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap
mustahil.
|
Nilai keikhlasan.
|
Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
|
1 ulasan:
v
Catat Ulasan