Sajak Roti
(Ahmad Syahrul Wahid)
Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.
Kalau roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.
|
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
|
(Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik
Budi Indah Bahasa,Tingkatan
2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
1. Maksud sajak
Rangkap
|
Maksud Sajak
|
1
|
Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera.
Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.
|
2
|
Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap
dibakar.
|
3
|
Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti
yang telah siap dibakar.
|
4
|
Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka
jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.
|
5
|
Jika seseorang itu beriman maka dia harus
bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.
|
2. Tema
Kehidupan masyarakat kaya yang
tidak lupa membantu masyarakat miskin.
3. Persoalan
Persoalan bau roti yang harum
apabila dibakar membangkitkan selera.
Persoalan manusia tidak dapat
menahan nafsu makan ketika lapar.
Persoalan manusia akan makan
makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
Persoalan orang yang beriman
tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
Persoalan bersyukur ketika
mendapat sesuatu kebaikan.
4. Bentuk
Sajak ini terdiri daripada lima
rangkap.
Bilangan baris pada setiap
rangkap tidak sama.
Rangkap
1: 4 baris
Rangkap
2: 5 baris
Rangkap
3: 5 baris
Rangkap
4: 5 baris
Rangkap
5: 5 baris
Jumlah suku kata dalam sajak ini
antara 2 hingga 6 patah kata.
Sajak ini berbentuk bebas.
5. Unsur
Bunyi
Asonansi.
Contohnya selera kian
meggelepar (vokal = a)
Aliterasi
Contohnya:
Bila begitu selamanya (konsonan = b)
6. Gaya
Bahasa
Hiperbola
Contoh:
nafsu makan pun bergelora
Inversi
Contoh:
harum berbau juadah tersohor.
Metafora
Contoh:
percikan iman.
Simile
Contoh:
terhidang seumpama permaidani terhampar.
7. Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai kesabaran
|
Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk
mendapatkan sesuatu.
|
Nilai
kesyukuran
|
Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan
tuhan.
|
Nilai keimanan
|
Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang
yang beriman.
|
2 ulasan:
If you're trying to burn fat then you have to start using this totally brand new custom keto meal plan diet.
To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs joined together to develop keto meal plans that are productive, decent, money-efficient, and fun.
Since their launch in early 2019, 100's of people have already remodeled their body and health with the benefits a great keto meal plan diet can provide.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones provided by the keto meal plan diet.
Baik dan banyak membantu dalam pembelajaran saya...Terima kasih😘👍💕
Catat Ulasan