HALAMAN 2

Selasa, 3 Mac 2020

Analisis Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata



Puisi Moden :  Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata


Image result for gambar syukur kepada tuhan


"Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai berbicara."
(Al-Quran, 55:3-4 )
Rangkap 1: 
Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Rangkap 2: 
Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan  untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Rangkap 3: 
Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif  tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.
Rangkap 4 : 

Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.
Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Rangkap 5: 

Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.

1. Tema sajak:

Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan  dari satu tempat ke satu tempat.

2. Persoalan:

    1.    Persoalan  sikap bersyukur  ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

     2.    Persoalan kepentingan bahasa kepada  manusia.
Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.

     3.    Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

     4.    Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

     5.    Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta


3. Bentuk:

     1.    Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

     2.     Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

Contohnya,:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: sembilan baris;
• rangkap 4: tiga baris.

     3.    Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya (4 patah kata)

     4.    Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku kata.

Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-buahan (13 suku kata)

     5.     Sajak ini berbentuk bebas.

     6.    Nada keagamaan.



4.  Unsur bunyi:


     1.    Asonansi.
Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);

     2.    Aliterasi.
Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);


5. Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh
     
Hiperbola
terbentang di semesta alam.
.    
Penggunaan unsur alam.
samudera; pulau-pulau; pantai-pantai;
     
Anafora (perulangan kata pada awal baris).
dari tempat ke tempat,
   dari zaman ke zaman.
     
Repetisi.
perkataan kata-kata

     


      6.                       Nilai dan Pengajaran

Nilai
Pengajaran
     
Nilai kesungguhan
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa.
     
Nilai keberanian
Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
     
Nilai rajin
kita mestilah rajin membaca dan mengkaji kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.








4 ulasan:

Unknown berkata...

In this manner my partner Wesley Virgin's story starts with this SHOCKING and controversial video.

You see, Wesley was in the military-and soon after leaving-he unveiled hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to obtain everything they want.

THESE are the exact same SECRETS tons of famous people (especially those who "became famous out of nothing") and top business people used to become rich and famous.

You probably know how you use only 10% of your brain.

That's mostly because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.

Perhaps that conversation has even taken place IN YOUR own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain around seven years ago, while driving an unlicensed, beat-up bucket of a car with a suspended driver's license and $3 on his debit card.

"I'm so frustrated with living check to check! When will I finally succeed?"

You've been a part of those those thoughts, ain't it so?

Your success story is waiting to happen. All you need is to believe in YOURSELF.

WATCH WESLEY SPEAK NOW

Unknown berkata...

Tq keatas penerangan ini tapi knp xde nada tapi xpela terima kasih cikgu

Tanpa Nama berkata...

Tajuk ulasan ialah terimakasih tuhan. Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.antarannyaTuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.seterusnyaTuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.selain itu Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita.ahirnyaPercakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.kesimpulannya kita mesti terimakasih tuhan

Tanpa Nama berkata...

thank's