HALAMAN 2

Sabtu, 7 Mac 2020

Analisis Sajak - Pada Sekuntum Mawar



PUISI MODEN :  Sajak Pada Sekuntum Mawar
                karya Mahwa Mohamed




Sehelai kelopakmu gugur;
 adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
Rangkap 1: 

Maksud Sajak  Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika  maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang kematian anginan
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
 pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Rangkap 2:

Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.



Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.





Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,  
Rangkap 3 :

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.




1.0       Tema sajak:

Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

2.0       Persoalan:

1.  Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.

2.  Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

3.   Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.

4.  Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.


3.0 Bentuk:

(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

 Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;
                  • rangkap 2: enam baris;
                  • rangkap 3: lima baris.

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.

Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)

(e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. 0 Unsur bunyi

Asonansi.

Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);

     Aliterasi.

Contohnya, • seperttelah menutup. (perulangan konsonan t);

5.0 Gaya Bahasa


Gaya Bahasa
Contoh
   
Sinkope
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
    
Penggunaan unsur alam.
malam; angin; laut;
 .   
Simile
seperti telah menutup.

      6.0              Nilai dan Pengajaran


Nilai
Pengajaran
 .   
Nilai  kasih sayang
Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
    
Nilai  berwaspada.
Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .
    
Nilai  kesedaran.
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.















1 ulasan:

Unknown berkata...

Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

At least 160k women and men are using a simple and SECRET "water hack" to lose 2lbs each night in their sleep.

It is simple and it works on anybody.

Just follow these easy step:

1) Hold a clear glass and fill it up half glass

2) And then use this proven hack

so you'll be 2lbs skinnier the next day!