HALAMAN 2

Selasa, 12 Mei 2020

SKEMA JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA - Kesalahan Penggunaan Kata atau Istilah dan Kesalahan Tatabahasa

SKEMA JAWAPAN LATIHAN  PENGUKUHAN TATABAHASA
LATIHAN KENDIRI:  23/4/2020
TINGKATAN: 5 PD

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.   Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada  satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.


1.   Para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga di barangan yang dijual  untuk mengelakkan unsur penipuan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mempamerkan
Kesalahan Tatabahasa: pada

2.   Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: keruntuhan
Kesalahan Tatabahasa :faktor-faktor lain

3.   Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari semasa ke semasa dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: Taraf
Kesalahan Tatabahasa : kerana

4.   Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan
Kesalahan Tatabahasa : menghasilkan

5.   Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: insentif
Kesalahan Tatabahasa : semua pekerjanya/pekerja-pekerjanya

6.   Nabilah melihat pakaian-pakaian yang bergayut di ampaian rumah neneknya meliuk-liuk apabila angin petang tiup.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bergayut   -  bersidai
Kesalahan Tatabahasa : angin petang tiup.  -  ditiup angin petang

7.   Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat dikagumi oleh saya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: profesional
Kesalahan Tatabahasa : amat  saya kagumi


8.   Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk mimilih apa barangan elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: menjuarai -  memenangi
Kesalahan Tatabahasa : apa  -  apa-apa


9.   Saintis masih menyiasat sampel pelbagai spesies-spesies hidupan marin yang ditemui mati untuk mengenal pasti puncanya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:  menyiasat  -  mengkaji
Kesalahan Tatabahasa :pelbagai spesies-spesies -  pelbagai spesies/spesises-spesies

10.         Kurikulum di institut pengajian tinggi awam bakal disetarakan dengan kehendak majikan supaya mengelakkan masalah pengangguran.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:  disetarakan  -  diselaraskan
Kesalahan Tatabahasa :  supaya  -  untuk/bagi

11.          Puan Rahimah sedang  bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bertutur   -  berucap
Kesalahan Tatabahasa: bila   -  apabila

12.        Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:  peluang   -    tawaran
Kesalahan Tatabahasa:     Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar    -  ketiga-tiga orang  pelajar

13.        Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:   mencolok   -  menjolok
Kesalahan Tatabahasa:  oleh kerana   -  kerana 

14.        Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:  pusingan   -  selekoh
Kesalahan Tatabahasa:  Hairul pandu   -  dipandu  oleh  Hairul

15.        Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: mengingatkan   - menitahkan
Kesalahan Tatabahasa: di dalam   -    dalam

16.        Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan  Istilah:  eksekutif   -    ekslusif
Kesalahan Tatabahasa: Kedua orang  -  kedua-dua orang

17.        Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal  penyambungan wabak tersebut.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: penyambungan   -   penularan
Kesalahan Tatabahasa : sungguh amat   -   sungguh/amat

18.         Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan diminati ramai.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mengandungi   -  berkuantiti -  berkualiti 
Kesalahan Tatabahasa :  koleksi lagu-lagu lama -  koleksi lagu lama  

19.         Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka tetapkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:  khusus   -   kursus
Kesalahan Tatabahasa : telah guru mereka tetapkan.  -  telah  ditetapkan oleh guru  mereka

20.         Istana terpaling indah itu ialah tempat  Sultan Muzzafar Shah tinggal.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:  tinggal -  bersemayam

Kesalahan Tatabahasa : terpaling indah   -     paling indah







4 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih sekali lagi Cikgu Chom, saya menggunakan bahan cikgu untuk latihan murid saya. Semoga hidup cikgu diberkati

cikgunawi berkata...

terima kasih cikgu kerana bahan yang disediakan membantu saya

haida berkata...

terima kasih cikgu sy share bahan ni utk menjar kelas extra Bahasa Melayu sbb saya bukan guru bahasa melayu..semoga Allah membalasnya..

shuk berkata...

T.kasih cg...saya share bahan ini dgn pelajar saya.