HALAMAN 2

Jumaat, 31 Mei 2013

JUMAAT DATANG LAGI !!!!!



   21 REJAB - 31 MEI 2013

                  SALAM JUMAAT - Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari.  Cikgu nak refresh semula tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.  Yang dah tahu tu teruskan amalan, TAHNIAH  anda insan cemerlang.  Bagi yang ingat-ingat lupa tu baca entri cikgu ni ye...rebutlah peluang untuk melipatgandakan pahala dan perbanyakkan la doa ye kerana pada hari jumat ialah antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan segala urusan terutama urusan menuntut ilmu.   Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amalkan pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.!!!!!












CHECK IT OUT.

 1. Perbanyakkan selawat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.

Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL YE!
                                   







Tiada ulasan: