HALAMAN 2

Ahad, 26 Mei 2013

Tugasan semasa cuti Bahasa Melayu - Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari 2013 - TUGASAN 1


TUGASAN  1 - PENULISAN KARANGAN

ARAHAN:
1.  Cetak kerangka isi karangan
2.  Tulis karangan lengkap dalam 'test pad'
3.  Gunakan contoh karangan format laporan sebagai panduan
4.  Tulis karangan yang terbaik.

SOALAN:  Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Tulis laporan tentang aktiviti hari tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Karangan laporan anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan

Kerangka isi karangan

Pendahuluan -    Tajuk laporan – Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru
Isi-isi penting
1. Latar belakang aktiviti – nama sekolah, tempat, masa, tarikh
2. Aktiviti yang dilaksanakan
- Perhimpunan rasmi – nyanyian lagu negaraku, nyanyian Kami Guru Malaysia
- Guru-guru berpakaian seragam sekolah – tema back to school
- Persembahan guru dan pelajar
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Acara meriah dan objektif tercapai
Penutup – nama pelapor dan tandatangan, tarikh laporan
(tambah isi-isi lain yang sesuai dengan acara-acara yang dijalankan sepanjang hari sambutan tersebut.)



************************************************************************


                                        CONTOH KARANGAN – FORMAT LAPORAN

Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru
Pada 20 Mei 2012 yang lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya, SMK Perwira Kajang Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Walaupun acara sambutan agak lewat beberapa hari dari tarikh sambutan peringkat kebangsaan, namun sambutan Hari Guru tersebut tetap meriah kerana komitmen seluruh warga sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi, acara pembacaan teks ucapan penghargaan daripada Menteri pelajaran dan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.
Pada sebelah pagi diadakan perhimpunan rasmi.  Semua guru dan AJK PIBG telah bersama-sama mendengar pembacaan teks penghargaan oleh Pengetua dan Guru Penolong Kanan.  Kemudian, pelajar-pelajar mendengar kelunakan suara guru-guru menyanyikan lagu, “Kami Guru Malaysia”.
Selesai upacara perhimpunan, semua pelajar bergerak ke padang sekolah kerana ada pertandingan sukaneka antara guru dengan pelajar.  Semua pelajar terhibur dengan telatah beberapa orang guru yang menggelikan hati semaca acara memasukkan air ke dalam botol dan acara meniup belon.
Selepas rehat, iaitu pada pukul 11.00 pagi, acara pentas dipersembahkan oleh Badan Pengawas Sekolah.  Guru-guru diraikan dengan persembahan syair, deklamasi sajak dan nyanyian bertemakan pengorbanan guru.
Kemudian menyusul pula acara penyampaian penghargaan daripada pelajar-pelajar.  Beberapa orang pelajar telah tampil ke atas pentas untuk menyampaikan cenderahati sambil mengucapkan , “Selamat Hari Guru”.
Keseluruhannya, acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan objektif sambutan iaitu merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru tercapai.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                        23 MEI 2012

___________Anuar_________
(ANUAR BIN HASHIM)
Setiausaha Sambutan Hari Guru
SMK Perwira, Kajang ,Selangor


 SELAMAT MENULIS KARANGAN.