HALAMAN 2

Jumaat, 18 Januari 2019

Kesimpulan Rumusan


Kesimpulan:

Penulisan kesimpulan yang tepat perlu mempunyai dua bahagian untuk mendapat 2 markah penuh

Bahagian yang pertama ialah cadangan yang mesti berkaitan dengan isu dalam petikan soalan  iaitu persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan (C)

Apabila bentuk cadangan, gunakan perkataan perlulah/haruslah

Bahagian kedua ialah aspek KBAT iaitu harapan/tujuan atau kesan cadangan tersebut (sama ada kepada diri /keluarga/masyarakat/Negara (H)

Aspek KBAT dan tidak boleh diambil dari petikan soalan.

Gunakan penanda wacana – kesimpulannya, (C)...agar (H)


Contoh kesimpulan:

Kesimpulannya, setiap graduan perlu melakukan persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan (c) agar mereka mudah mendapat pekerjaan/masa depan mereka terjamin/menjadi pilihan majikan (H)

[2 markah]

Kesimpulannya, setiap graduan perlu melakukan persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan.(C)

[1 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memberi peluang kerja yang sesuai kepada graduan (C) agar mereka boleh membantu memajukan negara.(H)


[2 markah]







1 ulasan: