HALAMAN 2

Sabtu, 5 Januari 2019

SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN PETIKAN UMUM SPM 2018



soalan rumusan SPM 2018


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan.  Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat pelbagi persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.  Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain.  Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja.

    Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan.  Kepetahan dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa ditemu duga.  Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan para graduan.  Oleh yang demikian, mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global.  Tidak hairanlah graduan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan yang lain.  Mereka turut berpeluang untuk bekerja di luar negara ataupun bekerja dengan syarikat antarabangsa yang berpengkalan di negara ini.

                Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan.  Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang tekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan.  Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seorang itu diambil bekerja.  Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya.  Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.

                Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), setiap graduan mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik.  Ciri-ciri kepimpinan ini  hanya dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang, menilai dan membuat keputusan.  Di samping itu, graduan seharusnya menguasai kemahiran berfikir secara kirits dan analitis supaya mereka dapat menyumbangkan idea-idea berkualiti yang berkait rapat dengan budaya kerja cemerlang.  Jelaslah, untuk memastikan para graduan berjaya memperoleh kerja yang diidamkan, mereka sepatutnya melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang penting, bukan sekadar memiliki akademik yang tinggi semata-mata.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015

Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab solan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)    Berikan maksud rangkai kata begitu membimbangkan. [2 markah]

(ii)  Pengarang berpendapat bahawa graduan yang menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan berbanding graduan lain.
Nyatakan kelebihan-kelebihan tersebut.                              [3 markah]

(iii)  Sungguhpun seseorang graduan itu belum mendapat kerja tetap, hal ini tidak bermakna mereka hanya berpeluk tubuh atau tidak melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah.
pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh seseorang graduan sebelum mendapat pekerjaan tetap? 
[4 markah]
         


Rujukan jawapan sila klik sini

Panduan Penulisan Pendahuluan

Isi tersurat dan Isi Tersirat

Kesimpulan

contoh rumusan lengkap





















Tiada ulasan: