Latihan
mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.
Soalan
3(c)
Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan dari segi imbuhan.. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.
1. Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi
sajian tengah hari dengan pelbagai hidangkan
tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.
2. Walaupun waktu bersekolah
sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di
sekolah.
3. Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke
peringkat antarabangsa kerana dimiliki
khasiat yang tinggi.
4. Strategi pengurusan haruslah
diaplikasikan untuk jaminan industri memanafaatkan sumber modal insan
khususnya golongan profesional secara optimum.
5. Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang
gemuruh daripada penonton setelah selesai lakukan
persembahan.
6. Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang
pengilang menggunakan bahan pengawit
yang berbahaya.
7. Dalam masyarakat Cina, kelender
memainkan peranan penting untuk penentuan
tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.
8. Pihak polis telah berjaya
menumpaskan sendiket pemalsuan wang
dengan tangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.
9. Kempen Cintailah Sungai Kita perlu
dipergiat demi menyadarkan masyarakat
tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal
air bersih.
10.
Pembacaan
yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia boleh membantu murid untuk meningkat ilmu pengetahuan.
11.
Kerajaan
menyerukan rakyat untuk bersama-sama
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
.............. Semak jawapan di sini....
5 ulasan:
Boleh saya tanya. Kenapa arahan tulis cari *tiga* kesalahan ejaan dan imbuhan ? Tapi jawapan hanya satu kesalahan ejaan dan imbuhan
Tak tahu tanya aku kenapa
Sabarlah wahai sahabat yang hidup di dunia ini adalah untuk memberi sokongan kepada rakyat dan negara pada masa yang sama juga seperti biasa aku akan cuba untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh hati seseorang individu atau pihak lain.
Hoiiii
Sabarlah wahai sahabat yang hidup di dunia ini adalah untuk memberi sokongan kepada rakyat dan negara pada masa yang sama juga seperti biasa aku akan cuba untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh hati seseorang individu atau pihak lain.
Catat Ulasan