HALAMAN 2

Rabu, 16 Januari 2019

Pendahuluan Rumusan SPM 2018


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Panduan penulisan pendahuluan rumusan.
aspek pertama: Tukar kata kunci dalam soalan iaitu 'persediaan-persediaan dengan perkataan yang sama maksud mengikut konteks petikan soalan.

perkataan yang sama maksud dengan perkataan persediaan-persediaan :
persiapan-persiapan/usaha-usaha/tindakan-tindakan/langkah-langkah/keperluan-keperluan

aspek kedua:  di negara kita/di Malaysia

Pendahuluan:
1.    Petikan membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di negara kita.    [2 markah]

2.    Petikan membincangkan  tindakan-tindakan  graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di Malaysia.    [2 markah]


3.  Petikan membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan kelebihan-kelebihan graduan yang menguasai lebih daripada satu bahasa.    [2 markah]                           
 (aspek kedua dalam pendahuluan ini ialah soalah pemahaman petikan umum pcahan (ii)

4. Rumusan 
membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.    [2 markah]
Pendahuluan jenis ini mesti menggunakan perkataan Rumusan di permulaan pendahulua.

jadi jika pendahuluannya:
Petikan ini membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.  [1 markah sahaja]


5.    Petikan membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan.       [1 markah]



6    Petikan membincangkan persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di negara kita.   [0 markah]
(tidak menukar kata kunci - persediaan-persediaan)



Tiada ulasan: