HALAMAN 2

Sabtu, 26 Januari 2019

WATAK SAMPINGAN NOVEL DI SEBALIK DINARA T4 - AKRAM



Soalan SPM 2018

     (a)    Dalam sesebuah novel, selain watak utama terdapat banyak watak sampingan.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan seperti yang berikut:    [7 markah]


NOVEL
WATAK SAMPINGAN
I
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pak Saidi
Ii
Di Sebalik Dinara
Akram
Iii
Jendela Menghadap Jalan
Danel
Iv
Pantai Kasih
Doktor Uwang
V
Songket Berbenang Emas
Embong
Vi
Tirani
Zahid
vii
Bimasakti Menari
Muhammad Taufik
viii
Silir Daksina
Abdullah bin Kayan/Amirulnizam

Contoh jawapan lengkap.

Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karyaDayang Noor. Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah watak Akram.
Dalam novel ini , Akram digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab.  Contohnya ialah Akram bertanggungjawab kepada arahan ketuanya, iaitu Dr Maxi yang mengarahkannya menjejaki Farisha.  Dia berjaya menemui Farisha.  Farisha diminta untuk menyelamatkan system Dinara yang terancam oleh virus yang dihantar oleh musuh-musuh Karl.
                Selain itu Akram juga seorang yang jujur.  Buktinya jelas menerusi peristiwa Akram jujur dengan membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada Farisha.  Sebenarnya, dia telah diberi identity yang baharu oleh Karl.  Asalnya beliau ialah Akeem dan merupakan adik Karl yang terencat akak.  Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Ui kaji Karl telah berjaya mengubah penampilan dirinya.

                Demikian lah dua perwatakan Akram dalam novel Di Sebalik Dinara.

Isi-isi lain perwatakan Akram
1.        Seorang yang gigih berusaha . 
Contohnya – Akram gigih berusaha untuk menjejaki Farisha.  Dia telah mengambil cawan Farisha semasa di dalam kapal terbang dan telah bekerjasama dengan Dr Maxi untuk mengkaji DNA Farisha bagi mengenal pasti identitinya.

2.       Seorang yang bijak.
Contohnya – Akram bertindak bijak dengan mengambil cawan yang telah digunakan oleh Farisha yang terdapat kesan air liur untuk membuat ujian DNA.
Akram juga mengesan Farisha melalui facebook dan tempahan tiket kapal terbang sehingga akhirnya berjaya mengesan Farisha.

3.       Seorang yang penyabar.


Contohnya – akram bertindak secara sabar bagi memastikan dia dapat menarik perhatian Farisha untuk bekerja di Soft Lab.  Dia berusaha menembusi fikiran Farisah dengan menggunakan strategi dengan menawarkan kontrak bernilai RM1.5 juta dengan Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang ditubuhkan secara kongsi antara Farisha dan Rosman.







5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dan salam sejahtera saya nak berterima kasih kepada kakak kerana memberikan rujukan yang lebih mengenai watak sampingan ini.Kerja folio saya telah menjadi lengkap.

Unknown berkata...

Thanks for the info😅

Unknown berkata...

Tiada watak karl kehhh...
Tan apa lah yg ni pun ok jehh 👌

Unknown berkata...

Paling op bah jo

Unknown berkata...

5t2wwwweWteti