HALAMAN 2

Khamis, 5 Ogos 2021

LATIHAN MENULIS RUMUSAN KSSM - KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT






LATIHAN MENULIS RUMUSAN
TINGKATAN 4 PD
5 JULAI 2021






BAHAN 1: PETIKAN TEKS

Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya  tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

Gaya hidup sihat bermaksud seseorang individu yang mengamalkan gaya hidup silhat dengan selalu menjalani aktiviti yang berfaedah serta menjaga pemakanan yang sentiasa berkhasiat. Pada masa sekarang, sewajarnya masyarakat mengetahui kepentingan amalan gaya hidup sihat. Sebenarnya, mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membawa banyak manfaat. Amalan gaya hidup sihat bukan sahaja dapat menjamin badan yang sihat dan otak yang cerdas malah membantu menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan. Amalan ini juga dapat melahirkan rakyat yang inovatif bagi menggerakkan negara menuju Wawasan. Justeru, rakyat perlu didedahkan dengan kaedah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Salah satu kaedah untuk kekal sihat  ialah  melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti sukan kita dapat mengeluarkan peluh, iaitu dengan mengeluarkan toksin yang terhasil dalam badan kita selain memastikan jantung kita berfungsi dengan baik.

Kehidupan yang sihat juga diperoleh apabila kita dapat mengurus tekanan dengan cara yang baik. Hasilnya, seseorang individu akan seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang juga penting dalam kehidupan seharian seseorang. Pengambilan makanan yang seimbang mestilah  berpandukan jadual piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya mengadakan aktiviti  rekreasi bersama-sama keluarga. Pada ketika itu, ibu bapa akan memimpin anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping anak-anak mendapat pengajaran dan pendidikan secara langsung daripada kedua-dua ibu bapa mereka.

Rehat yang mencukupi juga dapat memberikan kelegaan kepada otak untuk berehat. Menurut kajian, seseorang individu perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Dalam tempoh rehat ini, sel-sel otak yang rosak dapat dipulihkan dengan sempurna. Pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat perlu untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang.   

Kesimpulannya, setiap individu tidak haruslah menjadikan kesibukan aktiviti seharian sebagai alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  

(Dipetik dan diubah suai daripada  Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat oleh  Soo Kai Huan, Dewan Siswa)


BAHAN 2 – GRAFIK





  (120 patah perkataan)


  JAWAPANNYA.......


Tiada ulasan: