HALAMAN 2

Selasa, 10 Ogos 2021

RUMUSAN KSSM 6 - LANGKAH-LANGKAH MENANGANI COVID-19 DAN IMPAK PENULARANNYA






BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 markah]

SOALAN  9:  RUMUSAN

Bahan 1

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

 

Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan korona virus telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan pembuatan, industri pelancongan,  industri pertanian, industri pembinaan dan industri perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

 

Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan aktiviti mereka, maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan alam sekitar  seperti sedia kala.

 

 Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang sedang melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari luar negara . Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan penularan wabak yang lebih serius.

                                                                                                                                                                                                                       Dipetik dan diubah suai daripada Internet : BERNAMAoleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    

BAHAN 2 - GRAFIK




Tiada ulasan: