Bab 15 – Budi Baik Dikenang Jua
Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.
Latar tempat:
Bilik kursus di Maktab Kerjasama , Petaling Jaya
Latar Masa
Waktu pagi 24 Julai
Watak:
Razali
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Razali telah mengikuti ceamah dan memperoleh
banyak pengetahuan tentang pembangunan koperasi.
Razali dan peserta kursus juga dibawa melawat
ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia dan dibawa melawat ke bandaraya
Kuala Lumpur seperti bangunan Dayabumi, Bangunan Tabung Haji, Bangunan UMNO,
Muzium Negara dan Tasik Perdana.
Razali dan seluruh peserta amat terhutang budi
kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia kerna memilih mereka untuk
mengikuti kursus tersebut.
|
Nilai
mencintai ilmu
Nilai semangat cinta akan tanah air
Nilai mengenang budi
|
Kita
hendaklah bersedia menuntut ilmu walau di sahaja supaya menjamin
masa hadapan.
Kita haruslah berasa bangga dengan kemajuan dan
pembangunan pesat di negara kita.
Kita seharusnya sentiasa mengenang budi dan
jasa orang lain terhadap kita supaya dipandang mulia.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan