HALAMAN 2

Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 19 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


Bab 19  – Misteri Kedai Koperasi

Sinoposis:



     Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. 

      Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

Latar tempat:
Kedai koperasi sekolah – pihak polis memeriksa kedai koperasi
Bilik tuan pengetua cikgu Syamsudin -

  
Latar Masa
Waktu pagi – pihak polis memeriksa koperasi sekolah
Waktu petang – cikgu Zulkifli dan Cikgu Robeah berbincang dengan pengetua di biliknya

Watak: 
Razali, Ramlah ,Swee Lan, Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Cikgu Syamsudin


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

Razali telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat ditemani cikgu Zulkifli

Peristiwa itu menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana pencuri itu boleh masuk ke kedai koperasi sedangkan kunci ada pada Razali dan Cikgu Syamsudin.

Ramah dan rakan-rakannya bersimpati dan memujuk Razali supaya bersabar jika dia di pihak yang benar.  Mereka semua yakin dan percaya Razali tidak bersalah










Nilai Simpati
Nilai semangat setiakawan












Kita hendaklah sentiasa membantu rakan yang dalam kesusahan atau kesedihan supaya hubungan persahabatan berkekalan.











Tiada ulasan: