Bab 17 – Semakin Jauh Terbang Burung
Sinopsis:
Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka.
Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.
Latar tempat:
Kedai koperasi sekolah – semua ahli lembaga pengarah sibuk membuat
persediaan pertandingan koperasi sekolah
Latar Masa
Waktu pagi – ketika Razali dan rakan-rakannya bertugas di koperasi
Petang – ahli lembaga pengarh koperasi bertugas di bansal ayam dan
bilik bacaan
Watak:
Razali
Ramlah
Swee Lan
Cikgu Zulkifli
Munir, leong dan Selvam
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
sibuk membuat persediaan untuk pertandingan koperasi sekolah dengan
bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat
Mereka bekerja dengan ikhlas tanpa diarah dan
dipaksa.
Mereka juga bergilir-gilir mengurus projek
bangsal ternakan ayam telur, bilik bacaan dan menyusun dan mengemas barang
serta menghias kedai koperasi.
Munir ,Leong dan Silvam bemain bola dan tidak
menjalankan tugas mereka di koperasi sekolah.
|
Nilai kesungguhan
Nilai Keikhlasan
Nilai kerajinan
Nilai bertanggungjawab
|
Kita hendaklah melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh supaya
mencapai kejayaan
Kita hendaklah melakukan tanggungjawab yang
telah diberikan kepada kita dengan baik supaya dihormati oleh orang lain,
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan