HALAMAN 2

Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 22 NOVEL SEJAMBAK BAKTI


Bab 22  – Misteri Berakhir

Sinopsis:



        Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. 

        Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

Latar tempat:
Kedai koperasi sekolah – kedai koperasi diceroboh lagi
Bilik tuan Pengetua – Munir mengakui perbuatannya mencuri duit koperasi dan memfitnah Razali

Latar Masa
Waktu pagi – cikgu Zulkifli , Swee Lan dan Marzuku bergegas ke kedai koperasi

Watak: 
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Cikgu Khalid, Cikgu Robeah, Munir

Persoalan:
  1. Persoalan kebijaksanaan akal fikiran dalam menyelesikan masalah
  2. Persoalah perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar dan menerima balasan akhirnya
  3. Persoalan sikap cemburu dan iri hati terhadap orang lain.


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

Kedai koperasi diceroboh lagi. Laci meja telah dikopak dan duit koperasi dicuri.

Cikgu Zulkifli mengarahkan semua murid diperiksa secara mengejut.  Akhirnya Munir berjaya ditangkap kerana menceroboh dan mencuri duit koperasi,

Cikgu Khalid telah menemui kunci yang sama dengan kunci koperasi dan wang RM 10 yang bertanda K.

Cikgu Zulkifli bijak memerangkap pencuri dengan sengaja meninggalkan wang bertanda huruf ‘K’ sebagai umpan.

Akhirnya Munir mengakui perbuatannya menceroboh koperasi sekolah dan memfitnah Razali kerana cemburu hubungan rapat antara Razali dan Ramlah.










Nilai kebijaksanaan


Nilai mengakui kesalahan

















Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah.





Janganlah sesekali kita memfitnah orang lain semata-mata untuk kepentingan diri.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bab 22 Novel Sejambak Bakti form1 sila tambahkan tema ya