Bab 24 – Memasuki Dunia Baharu
Sinopsis:
Sinopsis:
Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya.
Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.
Latar tempat:
Di rumah Razali – Razali menunaikan
solat Asar
Latar Masa
Waktu petang – Razali menunaikan solat
Asar
Watak:
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Cikgu
Khalid, Cikgu Robeah, Munir
Persoalan:
- Persoalan perbuatan
yang jahat akan menerima balasan yang setimpal
- Persoalah sikap
mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan
- Persoalan kerelaan memaafkan kesalahan orang lain.
- Persoalan ketaatan hamba kepada Allah
Peristiwa
penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Razali
menunaikan solat Asar dan berdoa memohon ampun dan ditunjukkan jalan yang
benar.
Munir telah
datang menemui Razali, Mak Sopiah dan pak Zakaria untuk meminta maaf atas
segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali.
Razali
bersetuju membantu Munir untuk belajar bersama-sama di pondok tepi sawah
setiap petang kerana SPM semakin dekat.
Hal ini kerana Munir digantung persekolahannya dan dia tidak mahu
ketinggalan dalam pelajaran.
Munir berasa
dirinya menjadi orang Baharu dan mendapat sahabar baharu iaitu Razali. Munir akan memasuki dunia orang berbudi
bahasa, bersopan, dan gigih menuntut ilmu.
|
nilai ketaatan
Nilai keinsafan
Nilai
maaf-memaafi
|
Kita janganlah
melakukan sesuatu perkara yang buruk kerana akan menerima hukuman pada
akhirnya
Kita hendaklah menginsafi
dan mengakui kesalahan yang kita lakukan terhadap orang lain dengan meminta
maaf.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan