Bab 26 – Terbuka Rahsia
Sinopsis:
Sinopsis:
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.
Latar tempat:
Bilik tuan pengetua cikgu Syamsudin –
pertemuan Pak Ramli, Mak cik Sopiah dan pak Zakaria
Latar Masa
Waktu pagi – waktu persekolahan
Watak:
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin,
Razali, Tuan Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Pak Karim, Pak
Zakaria , Mak cik Sopiah
Persoalan:
- Persoalan hubungan
kekeluargaan tidak akan terputus.
- Persoalan
kasih sayang dalam keluarga
Peristiwa
penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Pertemuan antara
Razali dan ayah kandungnya pak Karim dibuat di bilik tuan pengetua.
Pak Karim juga
ialah bapa kepada Ramlah. Oleh itu
Ramlah ialah adik Razali.
Razali akhirnya
dapat bertemu dengan ayah yang selama ini dicari-carinya
|
Nilai kasih sayang |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
supaya hubungan sentiasa harmoni.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan