DRAMA "1400"
Oleh : Nordin Hassan
NOTA RUJUKAN 1
Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah. Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya.
II
Dolah membeli semua tanah orang kampung untuk memelihara kuda. Sungai tercemar teruk, dan sekalian penduduk kampung menderita penyakit bawaan kuda, khususnya anak-anak kecil yang cacat dan dungu. Dolah berkahwin pula dengan Intan Siti Rahimah yang rajin ke surau dan mengambil berat tentang nasib orang kampung walaupun ditegah oleh Dolah. Siti yang hamil mengidam udang galah, ikan sungai dan pucuk paku kampung walaupun Dolah mahu mendapatkannya dari luar negeri.
III
Dalam mesyuarat orang kampung, Pak Sudin tidak mahu semua masalah yang menimpa penduduk disalahkan sepenuhnya kepada Dolah, dan konconya Abu Lahab, kerana mereka sendiri yang sanggup menjual tanah. Sedang mereka berhujah, masuk Tipah (isteri Leman) yang sarat mengandung dirasuk hantu kuda yang tidak kelihatan kepada orang lain. Romli menyokong Leman apabila Pak Sudin tidak mahu Dolah dibabitkan. Romli menuduh Pak Sudin tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya marah dan keluar. Haji Sabri cuba menenangkan Romli dan Leman supaya orang kampung tidak berpecah belah.
IV
Di tempat berburu, Dolah disondol seekor binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian muka. Hakim menolak tuntutan supaya tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke pangkal leher di dalam sebuah busut. Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri menyatakan rasa insaf, serta sanggup menebus tanah orang-orang kampung denga n kekayaan yang dikumpul sebelumnya.
V
Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu baik dan rapat dengan orang-orang kampung menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas lesap. Dolah mendukung mayat ibunya.
VI
Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil semula barang masing-masing daripada Dolah kerana mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung (berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak Imam dan bekas pesakit kusta. Dolah merapati Siti Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran.
VII
Pak Long membawa berita Dolah karam di sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi, melainkan mendoakan keselamatan Siti Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita, narrator) kononnya beratus-ratus tahun lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang menghias masjid di seberang. Nelayan tidak bernai menyapa, datuk nenek menegah...
PEMIKIRAN
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah.
Contohnya:
Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.
PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu
PLOT
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
• Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.
(ii) Perkembangan
• Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.
(iii) Konflik
• Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
• Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
• Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.
(iv) Klimaks
• Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.
(v) Peleraian
• Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
TEKNIK PLOT
1. Kejutan
• Dollah bertemu dengan mayat ibunya
• Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
2. Suspens
• Dollah disondol binatang ganjil
3. Pemerian
• Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
4. Imbas Kembali
• Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.
5. Monolog
• Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Dollah
• Capik, miskin dan dihina masyarakat
• Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
• Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
• Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
• Isteri Dollah
• Perempuan yang cantik
• Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.
2. Abu Lahab
• Broker tanah
• Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.
3. Pak Sudin
• Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.
LATAR
1. Latar masa
• Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
• Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
• Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
2. Latar tempat
• Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
• Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
• Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
• Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya
3. Latar masyarakat
• Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
• Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
• Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
• Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
• Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.
GAYA BAHASA
1. Simpulan Bahasa
• Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
2. Repetisi
• Mereka, merekalah…
• Cakap, cakap, cakap, cakap ...
3. Personifikasi
• Kambing-kambing tersenyum
4. Kata Pinjaman
• Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
• Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah
NILAI
1. Nilai kesabaran
Contoh:
• Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
• Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
3. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
• Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
4. Nilai ketaatan
Contoh:
• Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.
NOTA RUJUKAN II
DRAMA : 1400
Oleh: Nordin Hassan
Sinopsis
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang meminta supaya dia bertaubat. Akhirnya semua hartanya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
Aspek komsas dalam Drama 1400 Karya Nordin Hassan
ASPEK
KOMSAS |
PERNYATAAN
ISI |
CONTOH/HURAIAN
PERISTIWA |
Pemikiran
|
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah.
|
Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.
|
Persoalan
|
Persoalan sikap masyarakat terhadap golongan miskin dan cacat
|
Masyarakat kampung memandang hina kepada Dollah yang miskin dan capik
|
Persoalan redha dengan ketentuan Illahi
|
Dollah tidak bersyukur dengan anugerah Illahi sehingga sanggup menggunakan dukun supaya nasib dirinya berubah
| |
Persoalan mengamalkan kepercayaan karut
|
Dollah menggunakan mayat ibunya untuk mencapai matlamat. Hasil pertolongan jin, Dollah memperoleh harta karun menyebabkan hidupnya berubah selepas itu
| |
Persoalan pencemaran sungai menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat
|
Penduduk kampung terpaksa menanggung derita akibat pencemaran sungai yang menjadi punca air kepada mereka
| |
Persoalan penindasan terhadap golongan yang lemah
|
Dollah tidak menghiraukan nasib penduduk kampung yang menderita akibat penyakit yang berpunca daripada najis kudanya
| |
Persoalan ketaqwaan mampu menjadikan hidup lebih berkualiti
|
Intan Siti Rahimah seorang yang beriman dan baik perangainya. Dia sangat disayangi oleh penduduk kampung dan sering berkunjung ke surau di kampungnya.
| |
Persoalan kekayaan bukan penentu kepada kesejahteraan hidup
|
Dollah dihina oleh masyarakat kampung kerana miskin menyebabkan dia berazam untuk menjadi kaya. Dengan kekayaan itu Dollah menindas penduduk kampung. Akibatnya Dollah kehilangan segala-galanya.
| |
Nilai
|
Nasihat-menasihati
|
Soud sering menasihati Dollah supaya bersabar dengan cacian orang, ikhlas membantu dan tidak mencari rezeki yang haram
|
Redha/ bersyukur
|
Dollah telah membuang anaknya yang dilahirkan cacat serta menghalau isterinya
| |
Keinsafan
|
Dollah insaf atas kesalahannya dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain
| |
Ketaqwaan/ keimanan
|
Siti Rahimah seorang yang beriman dan baik perangainya sehingga disenangi oleh penduduk kampung
| |
Kasih sayang
|
Dollah menjaga isterinya yang hamil dengan baik sehingga melarang isterinya mengambil makanan daripada kampung itu
| |
Cintai alam sekitar
|
Dollah mencemarkan alam sekitar dengan mengalirkan najis kuda peliharaannya ke dalam sungai yang menjadi punca air penduduk kampung sehingga mendatangkan penyakit
| |
Pengajaran
|
Kita hendaklah menasihati antara satu sama lain supaya jiwa menjadi tetang
|
Soud menasihati Dollah supaya bersabar dengan cacian penduduk kampung, membantu orang dengan ikhlas dan tidak mencari rezeki yang haram
|
Kita hendaklah bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan Allah
|
Dollah meminta bantuan dukun dan jin untuk menjadi kaya kerana tidak tahan dengan cacian penduduk kampung yang menghinanya abikat miskin dan cacat
| |
Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar
|
Dollah tidak mempedulikan nasib orang kampung yang menderita pelbagai penyakit akibat sumber air sungai yang tercemar oleh najis kuda peliharaan Dollah
| |
Kita hendaklah menjaga isteri dengan penuh kasih sayang supaya hubungan berkekalan
|
Dollah menjaga pemakanan yang baik ketika isterinya hamil dan memenuhi setiap permintaan isterinya
| |
Jangan kita menghina orang yang lemah dan tidak berkemampuan
|
Penduduk kampung menghina Dollah yang miskin dan capik menyebabkan Dollah berazam untuk menjadi kaya
| |
Jangan kita mengamalkan kepercayaan karut untuk mendapatkan hajat
|
Dollah menggunakan bomoh untuk mengubah hidupnya melalui azimat mayat ibunya dan jin untuk menjadi kaya
|
Watak & perwatakan
|
Perwatakan dalaman
|
Huraian
|
Dollah
|
Penyayang
|
Dollah melayan isterinya dengan penuh kasih sayang seperti menyediakan makanan yang diperlukan oleh isterinya ketika hamil
|
Tidak dapat menerima kenyataan
|
Dollah membuang anaknya yang cacat kerana tidak dapat menerima kenyataan
| |
Penindas orang lemah
|
Dollah tidak mempedulikan nasib penduduk kampung yang menderita pelbagai penyakit akibat najis kuda peliharaannya
| |
Mudah berubah apabila sudah kaya
|
Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya
| |
Intan Siti Rahimah
|
Patuh/ taat
|
Intan Siti Rahimah patuh kepada arahan suaminya semasa mengandung
|
Baik hati
|
Intas Siti Rahimah menolong orang kampung dengan mengajar mengaji
| |
Beriman
|
Intas Siti Rahmah sering ke surau dan dia Sangay disenangi oleh orang kampung kerana baik perangainya
| |
Penyayang
|
Walaupun Intan Siti Rahmah dihalau oleh Dollah Namur dia tetap membantu Dollah supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan
|
Latar
|
Pernyataan
|
Huraian
|
Latar masa
|
Lewat petang (sebelum maghrib)
|
Intan Siti Rahimah pergi ke tepi laut
|
Minggu depan
|
Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
| |
Petang di surau
|
Dollah berbual-bual dengan Pak Long
| |
Latar tempat
|
Kampung Kuala/ Kampung Kenanga
|
Tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
|
Sungai Nenek
|
Airnya yang jernih telah tercemar dengan najis kuda sehingga digelar pula Sungai Kuda
| |
Surau
|
Tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak orang-orang kampung mengaji
| |
Di rumah dukun
|
Dollah meminta bantuan untuk mendapatkan azimat supaya menjadi kaya
| |
Latar masyarakat
|
Masyarakat yang dihina akibat miskin dan cacat
|
Dollah menjadi bahan cacian penduduk kampung kerana kemiskinan dan kecacatannya
|
Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut
|
Dollah berjumpa dengan dukun untuk mendapatkan azimat daripada mayat ibunya untuk menjadi kaya
| |
Masyarakat yang beriman dan taat kepada perintah Allah
|
Intan Siti Rahimah seorang yang beriman dan sering ke surau untuk mengajar anak-anak orang kampung mengaji
| |
Masyarakat yang sombong dengan harta kekayaan
|
Dollah melarang Intan Siti Rahimah mengajar naak-anak orang kampung mengaji dan bergaul dengan orang kampung yang susah
| |
Masyarakat yang mencemarkan alam sekitar
|
Dollah tidak mempedulikan rintihan penduduk kampung yang kehilangan punca air bersih akibat pencemaran sungai oleh najis kuda peliharaannya
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan