Terlebih dahulu cikgu mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari yang telah berjaya membuat persembahan 'power point' komsas. Anda semua memang hebat!!
Bagi kumpulan yang belum membuat persembahan kumpulan, diharap membuat persediaan yang rapi untuk merebut band 6.
Seperti biasa, cikgu titipkan tugasan untuk menemani anak-anak didik cikgu semasa cuti ini.
TUGASAN KECEMERLANGAN SEMASA CUTI : PELAJAR TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI
TUGASAN 9
TARIKH TUGASAN : 14 SEPTEMBER 2013
TARIK HANTAR : PADA HARI SELASA 17 SEPTEMBER 2013
ARAHAN : BOLEH DITULIS TANGAN DENGAN KEMAS DALAM
'TEST-PAD' ATAU MENGGUNAKAN KOMPUTER.
TUGASAN 1: MENULIS KARANGAN
Guru merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan seseorang pelajar. Tulis sebuah karangan bertajuk 'Guru Yang Saya Sanjungi'. Karangan anda hendaklah melebihi 120 patah perkataan.
Panduan kepada pelajar.
antara isi karangan anda ialah
- siapa guru yang anda sanjungi, sayangi dan hormati
- sebab-sebab mengapa anda menyanjungi guru tersebut
- isi mesti dihuraikan dan diberi contoh-contoh yang sesuai.
- masukkan juga cogan kata atau peribahasa yang sesuai (buat rujukan)
Tugasan 2 - Mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam petikan.
Arahan:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti kesalahan tatabahasa dengan menggaris kesalahan tersebut dalam petikan. Kemudian senaraikan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan dan betulkan kesalahan tersebut.
Memang menjadi tanggung jawab rakyat generasi baru pada hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini ialah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki telah dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi berbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran-cabarab getir, justeru kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memulihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan pelbagai kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar semua rakyat saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperoleh kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai lalu perpaduan rakyat menjadi semakin kukuh.
Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum namun ancaman komunis ketika darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan mengenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan kekuasaan ekonomi penduduk bumi putera dan jurang perbezaaan di antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belengu kejahilan kepada masyarakat moden.
Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 setelah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun halatuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas di dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jatidiri bangsa Malaysia yang berdaulat.
Menyelam erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedari seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah berhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin pada generasi baru negara seperti meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi walaupun kita terus berusaha dengan gigih seterusnya menjadi bangsa yang maju dan moden
kesalahan tatabahasa pembetulan
1. tanggung jawab - tanggungjawab
2.
3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan