HALAMAN 2

Isnin, 16 September 2013

PUISI TRADISIONAL : SELOKA SI LUNCAI


SELOKA
MAKSUD
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik,


Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan perlu dijauhi iaitu;
Si Luncai memiliki rumah tetapi rumah tersebut tidak dijaga dengan baik,
Si Luncai mempunyai anak tetapi tidak diasuh dengan sempurna,
Si Luncai mempunyai binatang ternakan tetapi tidak dijaga dengan baik,
Si Luncai mempunyai tanah kebun tetapi tidak diusahakan,
Si Luncai mempunyai akal yang cerdik tetapi tidak menggunakan kecerdikannya untuk membuat kajian,
Si Luncai mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki,
Si Luncai ada mengaji tetapi tidak membuat penyelidikan,
Si Luncai berupaya melihat sesuatu keburukan tetapi tidak mampu untuk membuat teguran,
Si Luncai mempunyai keupayaan tetapi tidak mampu untuk membuat sesuatu,
Akhirnya Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.



 ANALISIS SELOKA SI LUNCAI

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai satu rangkap sahaja
Mempunyai 12 baris
Mempunyai 2 - 6 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  4 hingga 13 suku kata sebaris
Rima akhir abcadefgbhab

Tema
sikap negatif membawa kerugian -

Kepentingan menggunakan akal yang waras ketika mengambil apa-apa jua tindakan
Tindakan yang diambil tanpa menggunakan akal yang waras menyebabkan tindakan itu tidak bermakna dan hanya merugikan diri sendiri dan juga negara seperti yang terjadi kepada Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya






Persoalan
Persoalan sikap yang tidak bertanggungjawab membawa kerugian
Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan kelebihan yang ada pada dirinya
Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh
Ilmu yang diperoleh jika tidak diamalkan akan menjadi sia-sia
Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada
Keupayaan yang dimiliki jika tidak digunakan akan menjadikan diri tidak berfaedah
Persoalan menggunakan kecerdikan yang dimiliki
Kecerdikan yang dimiliki perlu digunakan supaya sesuatu pekerjaan itu akan berkualiti
Persoalan mengamalkan ilmu yang dimiliki
Ilmu yang diperoleh perlu diamalkan supaya ia berkembang



Nilai
Tanggungjawab
Sesuaut yang dimiliki perlu dijaga dengan penuh tanggugjawab
Kebijaksanaan
Kebijaksanaan yang dimiliki mampu menyelesaikan masalah
Rasional
Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu melalui pertimbangan semasak-masaknya
Kasih sayang
Anak yang diperoleh perlu dijaga dengan penuh kasih sayang
Kerajinan
Rajin menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan kemudian hari




Pengajaran





Kita hendaklah gigih menuntut ilmu supaya berguna masa hadapan
Kegigihan menuntut ilmu mampu menjadikan manusia lebih cerdik
Kita hendaklah bijaksana menyelesaikan masalah supaya jiwa menjadi tenang
Setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani dengan bijaksana supaya tidak menjadi beban kemudian hari
Kita hendaklah rasional ketika membuat keputusan supaya tidak membebankan diri kemudian hari
Keputusan yang ingin dibuat perlu melalui pemikiran yang mendalam
Kita hendaklah menjaga anak dengan penuh kasih sayang supaya mereka terdidik
Anak merupakan anugerah yang perlu dididik dengan sempurna
Kita hendaklah menggunakan kebolehan yang ada dalam diri
Si Luncai tidak menggunakan kebolehan yang ada dalam dirinya sehingga dia menimpa kerugian

Gaya Bahasa
Anafora
Contoh : ada rumah tidak divaga, ada anak tidak dilatih
Repetisi
Contoh : Biarkan ... biarkan
Asonansi
Contoh : Ada mata tiada kuasa
Aliterasi
Contoh : Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya

Tiada ulasan: