HALAMAN 2

Sabtu, 14 September 2013

NOTA PANTUN LAPAN KERAT - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

Nota Rujukan I


PANTUN LAPAN KERAT
 Harun Mat Piah (Penyelenggara)


PANTUN
MAKSUD
Buat bangsal di tengah hutan,
   Tebaslah hutan buat halaman,
        Di tepi halaman menanam kubis,
            Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
    Itulah tanda tuan beriman,                        Tidak patah digoncang iblis,
            Akhirnya tuan menang berjaya.
Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah  daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.
Ikan teluk parang-parang,
       Anak ketam disangka lelabi,
             Berburu musim tengkujuh,
                Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
       Cucu Adam sepaian nabi,
             Turun dari langit ketujuh,
                 Jadi khalifah kepada Allah.
Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.
Lengkang-lengkung apa dipaku,
        Paku jatuh patah dua,
             Menjadi riuh orang didarat,
                  Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
        Kerana lalai rosak binasa,
           Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                 Bahasa ibunda hina terbiar.
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PANTUN LAPAN KERAT

Aspek 
Komsas
PERNYATAAN
HURAIAN 


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai 3 rangkap
Mempunyai 8 baris serangkap
Mempunyai 3 - 5 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  7 - 11 suku kata sebaris
Rima akhir abcdabcd

Tema

Keagamaan
Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia






Persoalan
Persoalan kesabaran dalam usaha mencapai kejayaan
Manusia yang bersabar mampu menangkis godaan syaitan dan akhirnya berjaya dalam kehidupan
Persoalan manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling baik kerana berasal daripada Adam dan diturunkan dari langit ketujuh
Persoalan pengaruh Barat menguasai budaya Timur
Pengaruh Barat mudah meresap dalam kebudayaan Timur jika manusia leka dengan kehidupan dunia
Persoalan tanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda
Manusia perlu mempertahankan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Persoalan tanggungjawab menjaga negara daripada binasa
Kedaulatan negara yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan



Nilai
Kesabaran
Kesabaran yang ada dalam diir mampu menghalang godaan syaitan dan iblis
Kesyukuran
Manusia perlu bersyukur kerana dijadikan oleh Allah lebih baik daripada makhluk yang lain
Tanggungjawab
Manusia bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda daripada terpinggir di bumi sendiri
Cinta akan negara
Manusia perlu mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan Barat
Keimanan
Tanda-tanda orang yang beriman adalah memiliki sifat sabar dalam diri




Pengajaran





Kita hendaklah bersifat sabar agar tidak muda dinodai oleh Iblis
Sifat sabar yang ada dalam diri mampu menghalang daripada godaan iblis
Kita hendaklah bersyukur kerana diciptakan oleh Allah lebih baik berbanding makhluk lain
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah kerana berasal daripada nabi Adam dan diturunkan daripada langit ketujuh
Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa ibunda
Manusia memainkan peranan mendaulatkan bahasa Ibunda daripada terhakis dan terpinggir di bumi sendiri
Kita hendaklah mempertahankan negara daripada diceroboh oleh negara asing
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu perlu dipertahankan daripada sebarang pencerobohan
Kita hendaklah menjaga budaya Timur daripada dinodai budaya Barat
Manusia tidak boleh leka kerana budaya Barat akan meresap dan menghakis budaya Timur

Gaya Bahasa
Kata ganda
Contoh : parang-parang, dibelah-belah, lengkang-lengkung
Inversi
Contoh : akhirnya tuan menang berjaya
Hiperbola
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku
Sinkof
Contoh : bumi kandungan nenek moyangku


Nota Rujukan II

MAKSUD


Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang  beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.

Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.

Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

TEMA
·        Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

PERSOALAN:
·        Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.
·        Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.
·        Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya Barat.


BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
·        Terdiri daripada 3 rangkap
·        Mempunyai 8 baris serangkap
·        4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud
·        Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris
·        Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris
·        Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)
·        Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas


GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
·        Pemilihan kata (diksi) yang indah:
Contoh: Turun dari langit ketujuh
·        Inversi:
Contoh: Menjadi riuh orang di darat
  (sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).
·        Hiperbola:
Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.
·        Asonansi:
Contoh: Berburu musim tengkujuh
              (pengulangan bunyi vokal u)
·        Aliterasi:
Contoh: Anak ketam disangka lelabi
              (pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI
·        Kesabaran:
Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.
·        Kesyukuran:
Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah
  untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.
·        Tanggungjawab:
Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan
  keharmonian negara.
·        Menghargai:
Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang
  diamalkan sejak turun temurun.

PENGAJARAN
·        Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.
·        Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk memimpin kita ke jalan yang mulia.
·        Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.

2 ulasan:

Cikgu Kalsom berkata...

akan dimasukkan dalam masa terdekat. tq

Fatin berkata...

mohon untuk copy :)