HALAMAN 2

Sabtu, 14 September 2013

NOTA SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI - ANTOLOGI DIRGHAYU BAHASAKU


Syair Pemberontakan Patani

Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.

Bonda duli mahkota indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masghul di suruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah sang nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.

Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpah,
Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah dimikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,

Mendapat cogan Raja Senggora.


MAKSUD

Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2:  Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:  Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5:  Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:  Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan  laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7:  Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:  Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9:  Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:  Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.




ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai sepuluh rangkap
Mempunyai 4 baris serangkap
Antara 3 hingga 5 patah perkataan sebaris
Antara 9 hingga 13 suku kata sebaris
Rima akhir aaaa

Tema
Tanggungjawab seorang Laksamana melaksanakan perintah Raja
Laksamana melaksanakan perintah Raja Betara supaya pergi ke negeri Patani untuk mendapatkan panji-panji Raja Senggora walaupun pada masa itu ibu beliau sakit tenat






Persoalan
Persoalan kesetiaan/kepatuhan kepada pemimpin
Laksamana sangat setia kepada Betara sehingga sanggup meninggalkan ibu beliau yang tenat semata-mata melaksanakan perintah raja
Persoalan cinta kepada tanah air
Laksamana menunaikan perintah Betara kerana tidak mahu negeri berada dalam keadaan huru-hara
Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan
Laksamana menyerahkan kepada Allah demi menunaikan memelihara negara daripada menjadi huru-hara
Persoalan keamanan negara tanggungjawab rakyat
Laksamana meletakkan tanggungjawab terhadap negara sebagai keutamaan beliau
Persoalan kasih sayang kepada keluarga
Laksamana mengambil berat terhadap ibu saudaranya yang sedang sakit tenat



Nilai
Kesetiaan/kepatuhan
Sebagai rakyat jelata, Laksaman sangat setia kepada ketua
Cinta kepada tanah air
Laksamana sanggup meninggalkan keluarga demi melihat tanah air tidak dalam keadaan huru-hara
Tanggungjawab
Tanggungjawab menjaga negara terletak kepada semua orang
Kasih sayang
Kasih sayang kepada ahli keluarga perlu diutamakan
Kesabaran/ketabahan
Laksamana sabar menjalani kehidupan demi tugasnya menjaga keamanan negara




Pengajaran





Kita hendaklah sayang kepada tanah air
Rakyat perlu mencintai tanah air supaya kehidupan menjadi sejahtera
Kita hendaklah patuh kepada pemimpin
Laksamana patuh pada arahan Betara supaya pergi ke negeri Patani walaupun bonda saudaranya sakit
Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga keamanan negara
Keamanan negara menjadi tanggungjawab semua orang supaya negara tidak huru-hara
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
Laksamana mengambil berat terhadap ibu saudaranya dengan berdoa dan menyerahkan kepada Allah
Kita hendaklah tabah mengharungi kehidupan
Laksamana tabah menghadapi cabaran hidup walaupun pelbagai masalah timbul

Gaya Bahasa

Diksi menggunakan Bahasa Klasik
Contoh : masyghul, dura, pegari, peri
Kata ganda
Contoh : huru-hara, terkata-kata, terkira-kira
Inversi
Contoh : yakin hatinya tiada berjumpa – hatinya yakin tidak akan berjumpa
Aliterasi
Contoh : barang yang hendak dihukumkan – konsonan n
Asonansi
Contoh : Laksamana dititahkan Betara – vokal a











Tiada ulasan: