HALAMAN 2

Ahad, 15 September 2013

NOTA GURINDAM TONGGAK DUA BELAS - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU


MAKSUD

GURINDAM
MAKSUD
Hendak pandai menghargai masa.
Jangan dinanti esok lusa.
Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa
Ketekunan akan membawa kejayaan.
Kegigihan bekerja dengan keupayaan
Kejayaan akan dikecapi jika seseorang berusaha dengan gigih dan tekun
Wajah ceria keseronokan bekerja.
Usah berduka bermuram durja.
Apabila seseorang seronok bekerja, hidup akan lebih gembira
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan.
Bertndak dengan penuh kebijaksanaan.
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana
Ketinggian peribadi jadi amalan.
Ketelusan hati jadi bekalan.
Keperibadian yang unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan
Kekuatan sifat baik hati.
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati hendaklah dijadikan amalan
Pengaruh kepimpinan melalui teladan.
Baik buruk jadikan sempadan.
Pemimpin yang baik hendaklah dijadikan ikutan dan pemimpin yang tidak amanah hendaklah dijauhi
Menjadi kewajipan menjalankan tugas.
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna walaupun bertindak secara sederhana tetapi tegas
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama.
Tidak membazir teliti saksama.
Kita hendaklah bijak berbelanja dan pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja
Keutamaan kesabaran fikiran tenang.
Perkara susah menjadi senang.
Kesabaran dan ketenangan amat perlu dalam menghadapi sebarang situasi kerana perkara yang sukar akan menjadi mudah
Peningkatan bakat diberi sokongan.
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Kebolehan diri dan bakat yang dimiliki hendaklah ditonjolkan sebagai motivasi ketika bekerja
Nikmat mencipta budaya kreatif.
Kembangkan bakat semoga aktif.
Pemikiran yang kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN


Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
Mempunyai dua belas rangkap
Mempunyai 2 baris serangkap, baris 1 syarat baris 2 jawab
Mempunyai 4 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara  9 hingga 14 suku kata sebaris
Rima akhir aa

Tema

Nilai-nilai murni dalam kehidupan  - 
Nilai-nilai murni yang dijadikan amalan setiap individu untuk membina jati diri sebagai bangsa yang berguna kepada negara
Nilai-nilai seperti menghargai masa, tekun berusaha, bijak bertindak dan bersifat sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja sebagai generasi masa hadapan bagi mengambil alih kepimpinan negara kelak






Persoalan
Persoalan kepentingan menghargai masa
Masa sangat berharga dalam kehidupan dan masa tidak menunggu sesiapa
Persoalan tekun berusaha akan membawa kejayaan
Kejayaan akan dapat dikecapi jika berusaha dengan tekun dan gigih
Persoalan kepimpinan melalui teladan
Pemimpin yang baik akan dijadikan ikutan dan sebaliknya  pemimpin yang tidka baik akan dipinggirkan
Persoalan ketenangan ketika membuat keputusan
Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah jika membuat keputusan dengan tenang
Persoalan kepentingan berfikiran kreatif dan inovatif
Pemikiran yang kreatif dan inovatif mampu menghasilkan ciptaan yang berkualiti tinggi



Nilai
Kegigihan
Kegigihan dituntut ketika melakukan sesuatu pekerjaan
Kebijaksanaan
Setiap tanggungjawab yang diamanahkha perlu dilakukan dengan bijaksana
Kesederhanaan
Kesederhanaan  mampu menjadikan kehidupan lebih berkualiti
Kesabaran
Setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah dengan penuh kesabaran
Tanggungjawab
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna




Pengajaran





Kita hendaklah gigih berusaha supaya hasil memuaskan
Kejayaan akan dikecapi jika berusaha dengan gigih
Kita hendaklah bijaksana menguruskan masa kerana masa itu emas
Masa hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana masa tidak akan menunggu kita
Kita hendaklah bersederhana dalam kehidupan supaya tidak menimpa kesusahan nanti
Kesederhanaan mampu menjadikan hidup kita lebih berkualiti
Kita hendaklah sabar ketika membuat keputusan supaya hasilnya nanti memuaskan
Keputusan yang dibuat secara sabar dan tenang mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti
Kita hendaklah melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan penuh tanggungjawab supaya hasilnya menjadi sempurna
Tanggungjawab yang diamanahkan hendaklahlah dilakukan dengan sempurna
Gaya Bahasa
Simpulan bahasa
Contoh : baik hati
Aliterasi
Contoh : Bertindak dengan penuh kebijaksanaan
Asonansi
Contoh : Kekuatan sifat baik hati

Tiada ulasan: