HALAMAN 2

Selasa, 3 September 2013

NOTA DRAMA DATO' ONN - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



DRAMA DATO’ ONN
Karya : Othman Hj Zainudin

Sinopsis

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kiah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di Singapura, Dato’ Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato’ Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato’ Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato’ Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato’ Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bharu.


Aspek komsas dalam drama Dato’ Onn karya Othman Hj Zainudin

ASPEK O
KOMSAS
PERNYATAAN
ISI
CONTOH/HURAIAN
PERISTIWA



Pemikiran
Semangat kebangsaan iaitu perjuangan anak watan menentang penjajahan Inggeris
Dato’ Onn berjuang menentang penjajah Inggeris. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan hidup, semangatnya untuk menentang Inggeris tidak pernah luntur. Penentangan beliau dibuat dalam pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan demi mencapai matlamat negara merdeka tanpa menggunakan kekerasan









Persoalan







Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat
Dato’ Onn sanggup hidup susah dan tidak sekali-kali meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting
Persoalan kepentingan perpaduan untuk menguatkan negara
Perpaduan amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. dato’ Onn bersama pengikutnya menentang Malayan Union demi mencapai kemerdekaan
Persoalan pengorbanan seorang pemimpin untuk kesejahteraan rakyat
Dato’ Onn sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana tidak bersetuju dengan dasar Inggeris yang menindas rakyat. Tanah milik keluarganya dirampas menyebabkan Dato’ Onn berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai nelayan
Persoalan kekejaman komunis di Tanah Melayu
Komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama sehingga banyak nyawa terkorban dan kehilangan harta benda
Persoalan tanggungjawab untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga
Demi menyelamatkan maruah dan kebajikan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidka sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya hidup terbiar
Persoalan kezalimah penjajah yang menindas rakyat
Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri itu. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Tanah keluarga milik Dato’ Onn juga telah dirampas
Persoalan akhbar mampu mengubah minda masyarakat
Dato’ Onn berjaya mengubah pemikiran rakyat supaya bangkit menentang penjajah melaui akhbar Warta Malaya. Akhirnya rakyat bangkit menentang Malayan Union.





Nilai
Patriotik
Dato’ Onn bersama-sama pengikutnya berjuang menentang Malayan Union demi kemerdekaan negara. Dato’ Onn tidak mahu rakyat ditindas oleh penjajah
Tanggungjawab
Dato’ Onn bersetuju dengan cadangan ayahnya supaya berkahwin dengan Halimah, balu adiknya demi menjaga maruah dan kebajikan Halimah dan anak-anaknya
Kegigihan
Dato’ Onn gigih berjuang untuk menentang penjajah dengan cara menubuhkan akhbar, menubuhkan parti dan bermuafakat dengan pelbagai pihak supaya kesatuan menjadi kukuh
Perpaduan
Negara akan menjadi kukuh dan kuat jika rakyat bersatu padu. Dato’ Onn tidak mahu masyarakat berpecah belah jika ingin merdeka
Kerjasama/ muafakat
Dato’ Onn telah mengatur beberapa pertemuan dengan pelbagai pihak yang bertelagah untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan
Mengenang jasa
Sultan Johor menganugerahkan Darjah  Kerabat kelas Kedua kepada Dato’ Onn den beberapa pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air







Pengajaran
Kita hendaklah berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah
Dato’ Onn dan rakan-rakannya menubuhkan akhbar dan parti bagi membolehkan mereka mempunyai saluran untuk menetang penjajah Inggeris
Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga maruah dan kebajikan keluarga
Dato’ Onn bersetuju dengan cadangan bapanya supaya mengahwini Halimah demi menjaga kebajikan Halimah serta anak-anaknya daripada hidup melarat
Kita hendaklah tegas dengan prinsip hidup supaya maruah bangsa tidak tergadai
Dato’ Onn sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana enggan menurut perintah penjajah yang menindas penduduk dengan meminta cukai daripada mereka
Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan supaya negara menjadi kuah dan kukuh
Dato’ Onn meminta pihak-pihak yang bertelagah supaya melupakan sengketa antara mereka sebaliknya mengukuhkan perpaduan jika ingin negara merdeka.
Jangan kita engkar dengan nasihat ibu bapa kerana keputusan mereka demi kebahagian anak-anak
Orang tua Dato’ Onn melarang beliau berkahwin dengan Cik Kiah tetapi Dato’ Onn tidak mengikut nasihat itu menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama
Jangan kita mengikut telunjuk orang asing kerana mereka akan menggunakan kita untuk mencapai tujuan
Dato’ Onn enggan mengikut telunjuk Inggeris sehingga beliau sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana tidak mahu rakyat membayar cukai kepada penjajah
Watak & perwatakan
Perwatakan  
Huraian



Dato’ Onn



Patriotik

Dato’ Onn bangkit menentang Malayan Union kerana tidak mahu negara dijajah dan mahu rakyat merdeka daripada penjajahan Inggeris
Bertanggungjawab

Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap balu adiknya dengan bersetuju mengahwini Halimah supaya Halimah dan anak-anaknya tidak hidup terbiar
Berani

Dato’ Onn berani menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil
Gigih
Dato’ Onn gigih berjuang menentang Inggeris bersama rakan-rakannya dengan menubuhkan akhbar dan menubuhkan parti untuk mewujudkan saluran perjuangan menentang penjajah



Halimah



Penyayang

Halimah sangat menyayangi suaminya, Muhammad yang telah meninggal dunia
Rajin berusaha
Halimah membantu suaminya, Dato’ Onn dengan menjual kuih untuk meringankan beban keluarga
Memamahi perjuangan suami

Halimah memamahi kesusahan yang ditanggung suaminya Dato’ Onn setelah diberhentikan daripada jawatan pemungut cukai
Tegas
Halimah bertegas untuk membawa anak-anaknya pergi jauh setelah kematian suami
Latar
Pernyataan
Huraian


Latar masa
Tahun 1927
Dato Onn menjadi nelayan setelah dipecat daripada jawatan pemungut cukai
21 Ogos 1945
Dato’ Onn bertemu dengan pemimpin MPAJA dan KMM
14 Mac 1946
Perjuangan menentang Malayan Union
Tahun 1947
Penganugerahan Darjah Kerabat Kelas Kedua
31 Ogos 1957
Kemerdekaan Tanah Melayu





Latar tempat
Singapura
Dato’ Onn berhijrah ke Singapura setelah tanah milik keluarganya dirampas oleh Inggeris dan bekerja sebagai nelayan
Bukir Pasir, Muar

Dato’ Onn bertemu dengan pemimpin MPAJA dan KMM
Kuala Lumpur
Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
Istana Johor
Dato’ Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
Hotel Majestic, Kuala Lumpur
Dato’ Onn berucap untuk mengajak masyarakt menentang penjajah
Bandar Hilir, Melaka
Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman



Latar masyarakat
Masyarakat bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayangkan tanah air
Dato’ Onn daripada golongan bangsawan sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana tidak mahu rakyat menderita
Masyarakat penjajah yang menindas rakyat
Inggeris merampas tanah milik keluarga Dato’ Onn sehingga beliau berhijrah ke Singapura
Masyarakat yang bertanggungjawab meringankan beban keluarga
Halimah menjual kuih untuk meringankan beban suaminya Dato’ Onn yang telah dipecat daripada jawatan pemungut cukai dan bekerja pula sebagai nelayan
Masyarakat yang ditindas oleh penjajah
Penduduk di negeri Johor dan Tanah Melayu telah ditindas oleh penjajah dengan memaksa mereka membayar cukai
Masyarakat yang prihatin dengan penderitaan orang lain
Dato’ Onn mengahwini Halimah kerana tidak mahu Halimah dan anak-anaknya hidup melarat


Diedit dr sumber :  Blog cikgu azaman



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt

Puan, saya mohon perkongsian bahan ini untuk anak-anak murid saya. Terima kasih.