Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Penyajak
menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
|
2
|
Bahasa
yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik
walaupun berlaku perubahan masa.
|
3
|
Sejak
dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul
sebarang kekeliruan.
|
4
|
Penggunaan
bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
|
5
|
Bahasa
digunakan untuk berkomunikasi
|
6
|
Bahasa
didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan
kata serta bahasa yang puitis.
|
TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan
keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi
PERSOALAN
1. Bahasa yang
bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain
terguris hatinya.
2. Bahasa akan terus
berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang
ditelan zaman.
3. Bahasa klasik atau
tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat,
kiasan dan sebagai alat komunikasi.
4. Bahasa membuka
jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.
BENTUK
1. Terikat
2. Terdapat enam
rangkap
3. Semua rangkap
mempunyai dua baris dan rimanya aa.
GAYA BAHASA
1. Pengulangan kata
Contoh: bahasa dan tidak
1. Bahasa Arab
Contoh: ukhwah dan ummah
1. Metafora
Contoh: jambatan ukhwah
1. Asonansi -
pengulangan vokal i
Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah
1. Aliterasi -
pengulangan konsonan b
Contoh : bahasa berbuah
NILAI
1. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.
1. Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah
bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.
Contoh: Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah
1. Kita hendaklah
memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh: Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan