HALAMAN 2

Sabtu, 12 Januari 2019

SINOPSIS KESELURUHNAN NOVEL HEMPASAN OMBAK T3 - ZAILIANI BIN TASLIM)

Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda untuk bergerak.Farhan  menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah  dan Hisham adik Farid baru berusia 15 tahun dan 12 tahun.

Image result for IMEJ HEMPASAN OMBAK

Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan.  Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan  tugas pentadbiran dan kewangan.

Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba  fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah demi menyelamatkan syarikat itu.  Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.

Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran masa.  Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.

Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan, peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea dan melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan mereka lebih akrab.

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali kepunyaan  Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu memulangkanbatik tersebut  kepada Farid. Zuraidah akur dengan permintaan bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak polis.  Farid berdegil dan mahu menyelesaikan sendiri.

 Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila  Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmoud bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan Mahmoud dengan baik tetapi gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud masih berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud mencekik leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas Mahmoud.

Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid tetapi  Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati.  Siasatan pihak bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3 tahun. 

  Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura  dan Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah padam  menikmati pemandangan di luar kereta.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harapan terakhir seblum minggu disoal