Tema novel ialah
kegigihan remaja dalam usaha untuk memajukan syarikat.
Sebagai contoh:
Farid yang baru
berusia 19 tahun menerima tanggungjawab untuk menerajui Perusahaan Batik
Nusantara dengan penuh kegigihan dan ketabahan.
Cabaran aliran tunai syarikat
yang mencemaskan dan cabaran bengkelnya terbakar tidak mematahkan semangat
remaja ini untuk untuk terus gigih membangunkan dan memajukan syarikat batik
peninggalan arwah ayahnya itu.
PERSOALAN :
- Persoalan jatuh bangun dunia perniagaan
contohnya Farid yang menguruskan
perniagaan Syarikat Batik Nusantara mengalami kesulitan menguruskan syarikat
tersebut kerana aliran perbelanjaan yang tidak lancar, sedangkan sebelum ini
syarikatnya maju dan terkenal terutama di Kuala Terengganu.
- Persoalan kehidupan yang bersederhana walaupun
mempunyai wang dan kedudukan
contohnya Farid mengekalkan sikap
bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai
Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada
urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta
Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama
Zuraida, dia lebih selesa memilih untuk makan di warung biasa, bukan di hotel.
- Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap
anak dan warisan keluarga
contohnya Hajah Zaoyah amat
menyayangi anak-anaknya. Disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi
sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke
bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga
akibat kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun)
yang masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik
Nusantara diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan
tersebut.
- Persoalan sikap manusia yang suka membantu
orang lain tanpa mengharapkan balasan
contohnya Mokhsein yang pernah bekerja
dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya
dalam dunia perniagaan telah bersikap murah hati membantu Farid memajukan
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid
menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.
- Persoalan kecerdikan seseorang menggunakan
akal ketika menghadapi saat-saat mencemaskan
contohnya ketika bengkel dijilat api,
Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan
menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu.
Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan
Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan
bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli
bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan