HALAMAN 2

Ahad, 20 Januari 2019

LATIHAN & CONTOH JAWAPAN NOVEL HEMPASAN OMBAK T3


      SOALAN LATIHAN NOVEL HEMPASAN OMBAK

Nilai- nilai positif yang dimiliki oleh watak utama dalam sesebuah novel dapat memerikan teladan kepada pembaca. 
Huraikan tiga nilai yang dimiliki oleh watak utama yang telah ditetapkan bagi novel tersebut.  Jawapan anda hendaklah disokong oleh contoh peristiwa yang sesuai.


NOVEL
WATAK UTAMA
Justeru Impian di Jaring
Syahir
Hempasan Ombak
Farid
Tawanan Komander Caucasus
Farhani
Chot
Alias

Isi-isi penting:

Novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
-          Watak utama – Farid
-          Nilai Kegigihan
-          Nilai bertanggungjawab
-          Nilai kesederhanaan


Contoh esei jawapan.

            Novel yang telah saya kaji dalam tingakatan 3 ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim.  Watak utama dalam novel ini ialah Farid.  Terdapat banyak nilai murni pada watak Farid yang boleh jadikan contoh dan teladan kepada pembaca dalam menjalani kehidupan ini.

            Antaranya ialah nilai kegigihan.  Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran.  Hasil kegigihan Farid, dia telah Berjaya membangunkan bengkel batik moden.

            Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab pada watak Farid.  Contohnya, Farid bertanggungjawab menyelesaikan masalah kewangan syarikat batik peninggalan ayahnya iaitu syarikat Batik Nusantara.  Farid telah berusaha mencari idea daripada pengusaha yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk menyelesaikan masalah syarikatnya.


            Akhir sekali ialah nilai kesederhanaanContohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.

1 ulasan: