HALAMAN 2

Isnin, 21 Januari 2019

PENGAJARAN NOVEL HEMPASAN OMBAK T3



PENGAJARAN :
1. Kita perlu bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan
  • contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.
2. Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan orang lain
  • disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terfibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya perasaan cinta dalam hatinya.
3. Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan
  • contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.
4. Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah
  • contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.
5. Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat
  • contohnya ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.
6. Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas
  • contohnya Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.


Nilai
Contoh Peristiwa
Pengajaran

Nilai kesederhanaan

contohnya
Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.

Kita perlu bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan

Nilai Kasih Sayang
Contoh:
Disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terfibat dalam kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya perasaan cinta dalam hatinya.

Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan orang lain

Nilai Baik Hati
contohnya
Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.

3Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan

Nilai Rasional
contohnya
ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya terjejas.

Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah



Nilai Bantu-membantu
contohnya
ketika perasmian bengkel baharu untuk kerja membuat batik moden, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera datang untuk membantu apabila bengkel tersebut terbakar.

Kita mestilah mengamalkan sifat bantu-membantu dalam bermasyarakat


Nilai Kerajinan
contohnya
Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.

Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas

Nilai Ketabahan
Contoh:
Farid sentiasa tabah menghadapi cabaran dan dugaan demi memajukan perusahaan Batik Nusantara
Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan agar Berjaya dalam kehidupan.





.
 

Tiada ulasan: