HALAMAN 2

Isnin, 28 Januari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 7 - NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1




Bab  7 – Semangat



      Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, reban ayam telur dan bilik bacaan. 
      Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.

Latar tempat:

Kedai Koperasi sekolah –Lawatan En Mansur di Kedai koperasi Sekolah
Bangsal ternakan ayam telur
 

Watak: 
Cikgu Syamsudin – Tuan Pengetua
Cikgu Zulkifli
Encik Mansur
Ahli lembaga pengarah koperasi


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

En Mansur, Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian fungsi Sekolah-sekolah melawat kedai koperasi, bilik bacaan koperasi dan bangsal ternakan ayam telur.  Beliau memuji kemajuan koperasi sekolah dalam menyediakan kemudahan kepada murid dan usaha meningkatkan keuntungan koperasi sekolah.


Cikgu Syamsudin, memberitahu bahawa kemajuan koperasi sekolah adalah hasil usaha dan kerjasama guru-guru dan murid-murid


Akhirnya semua tetamu dan pelawat diraikan dalam majlis jamuan.


Lawatan Encik Mansur meninggalkan semangat dan dorongan kepada semua ahli lembaga pengarah untuk meneruskan kegiatan memajukan koperasi sekolah.



















Nilai bekerjasama
















Nilai menghargai tetamu




















Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya tugas menjadi mudah dan mencapai hasil yang diharapkan.



 .







Tiada ulasan: